Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.ré.tis] | تيوريتيس

Definisi : (téorétis) berdasarkan teori, berhu­bung dgn atau menurut teori, teoretikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teoretis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah golongan kata bagi perkataan "teoretis"? (Kamus Dewan Edisi ke-4 m/s 1659)Teoretis ialah kata nama.Tatabahasa13.08.2013
perbezaan makrolinguistik dengan mikrolinguistik

Mikrolinguistik merupakan bidang teoretis dalam linguistik. Cabang ini dibagi menjadi dua iaitu umum dan untuk bahasa-(bahasa) tertentu. Yang bersifat umum meliputi teori-teori linguistik yang terdiri dari fonologi (sistem bunyi bahasa), struktur (morfologi ‘tata kata’ dan sintaksis ‘tata kalimat’), serta sistem makna (semantik). Selain itu, ada linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Bidang teoretis untuk bahasa-(bahasa) tertentu meliputi linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif.

Makrolinguistik dibagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama merupakan bidang interdisipliner dan kelompok kedua adalah bidang linguistik terapan. Cabang-cabang linguistik yang termasuk dalam bidang interdisipliner adalah sosiolinguistik, psikolinguistik, neurolinguistik, etnolinguistik, kriminolinguistik, fonetik (akustik dan auditoris), stilistika, filsafat bahasa, filologi (mempelajari bahasa, kebudayaan, pranata dan sejarah suatu bangsa melalui naskah-naskah lama), semiotika (ilmu tentang tanda), epigrafi (ilmu tentang tulisan kuno pada prasasti-prasasti), serta paleografi (penafsiran tulisan kuno). Kelompok bidang makrolinguistik kedua adalah bidang-bidang terapan, yaitu pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi (linguistik terapan yang mencakup metode dan teknik penyusunan kamus), fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, mekanolinguistik (linguistik komputasi, bidang linguistik terapan yang mencakup penggunaan linguistik untuk ilmu komputer dan usaha untuk membuat mesin penerjemahan; memanfaatkan komputer dalam penelitian bahasa).

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman berikut: 

http://prasastibahasa.com/?p=19.

cakrabuwana.files.wordpress.com/.../linguistik-klmpok-3-rombel-3.pdf

Makna22.10.2009
Salam, berikan sebab atau alasan tatabahasa (sekiranya) dua ayat berikut tidak gramatis. Terima kasih. (1) Sehubungan dengan penaakulan teoretis— yang berkait rapat dengan pernyataan-pernyataan deklaratif— kebenarannya adalah bahawa terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang Tuhan. (2) Sebab penjelasan ini lemah adalah bahawa tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya.

Cadangan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa ialah:

1.  Sehubungan dengan penaakulan teoretis yang berkait rapat dengan pernyataan deklaratif, kebenarannya terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang tuhan.

2.   Penjelasan ini lemah kerana tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya. 

Tatabahasa04.06.2022
Salam, adakah teoritis wujud dalam bahasa melayu adakah perkataan itu betul?Perkataan teoretis ada dalam bahasa Melayu.Tatabahasa22.12.2021
adakah perkataan "teoritis" itu boleh diterima dalam penulisanEjaan yang betul ialah teoretis yang bermaksud berdasarkan teori, berhubung dengan atau menurut teori, atau disebut juga teoretikal.Istilah21.05.2013
makna efek,teoretisi,kaleidoskop?

Kata efek tak wujud dalam bahasa Melayu jika diterjemakan daripada kata effect (bahasa Inggeris) terjemahan dalam bahasa Melayunya ialah kesan (bukan efek) .

Teoretisi tiada dalam bahasa Melayu yang ada hanyalah teoretis iaitu berdasarkan teori, berhubung dgn atau menurut teori.

Kaleidoskop bermaksud; 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu peng hujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya.

 

Makna12.02.2008

Kembali ke atas