Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.ré.tis] | تيوريتيس

Definisi : (téorétis) berdasarkan teori, berhu­bung dgn atau menurut teori, teoretikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teoretis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
well efficiencykecekapan perigiHidrogeologiTiadaNisbah, dalam peratusan antara surutan teoretis dan surutan sebenar yang didapati dari data uji penyelesaian perigi. Cat.: surutan teoretis ini ditentukan dari data surutan luah. Surutan yang berlebihan, mungkin dipengaruhi oleh faktor reka dan binaan perigi pengeluar. Ruj.: Bierschenk 1964, Johnson Inc. 1966
Frank-London principleprinsip Frank-LondonFizikModenPentafsiran teoretis tentang keamatan relatif jalur spektrum sistem berasaskan peralihan elektronik pada molekul dan getaran yang terhasil.
logarithmic velocity profileprofil halaju logaritmaSainsHidrometeorologiPerubahan secara teoretis min laju angin berhampiran permukaan bumi (dalam lapisan sempadan permukaan), yang diterbitkan dalam pelbagai keadaan yang terbatas. Bagi aliran kasar aerodinamik, profil angin dihuraikan dengan persamaan dengan ialah min halaju angin pada ketinggian halaju geseran, kepanjangan kekasapan, pemalar Karman (lebih kurang 0.4). Persamaan ini hanya berguna apabila dan mengikut pemerhatian persamaan ini hanya boleh digunakan dalam keadaan kestabilan neutral.
trace pointtitik surihMekanikGunaan(bagi analisis bentuk sesondol) Titik teoretis pada pengikut sesondol; ia berpadanan dengan titik bagi pengikut mata pisau khayali. Titik ini dipilih supaya sekena dengan pusat pengikut guling atau pada permukaan pengikut muka datar. Lihat juga pengikut sesondol.
Chapman regionkawasan ChapmanSainsHidrometeorologiKawasan hipotetis di bahagian atas atmosfera yang taburan ketumpatan elektronnya mengikut ketinggian boleh dihuraikan dengan persamaan teoretis yang diterbitkan oleh Sdyney Chapman. Sebahagian daripada andaian asas yang digunakan untuk membina persamaan ini adalah bahawa sinaran pengionan dari matahari adalah monokrom, bahawa juzuk-juzuk yang terion tertabur secara eksponen (dengan ketinggian malar) dan bahawa adanya keadaan keseimbangan di antara kejadian elektron bebas dan kehilangannya kerana penyatuan semula.
Chapman regionkawasan ChapmanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan hipotesis di bhaagian atas atmosfera yang taburan ketumpatan elektronnya mengikut ketinggian boleh dihuraikan dengan persamaan teoretis yang diterbitkan oleh Sydney Chapman. Sebahagian daripada andaian asas yang digunakan untuk membina persamaan ini adalah bahawa siran pengionan dari matahari adalah monokrom, juzuk-juzuk yang terion tertabur secara eksponen (dengan ketinggian malar), dan bahawa wujudnya keadaan keseimbangan antara kejadian elektron bebas dan kehilangannya kerana penyatuan semula.
autoconvectionautoolakanSainsHidrometeorologiFenomena permulaan spontan olakan dalam lapisan atmosfera yang di dalamnya kadar tukaran suhunya adalah sama dengan atau melebihi kadar tukaran suhu autoolakan. Adanya kelikatan, golakan dan pemindahan haba secara sinaran selalu menghalang kejadian autoolakan sehingga kadar tukaran suhu melebihi kadar tukaran suhu autoolakan teoretis yang bernilai hampir + 3.4 x 10-4 �C per cm.
geostropic equilibriumkeseimbangan geostrofiSainsHidrometeorologiKeadaan gerakan bendalir tanpa kelikatan yang daya Coriolis mendatarnya tepat mengimbangi daya tekanan mendatar di semua titik pada medan yang terlibat: dengan ialah vektor halaju sedutan bumi, halaju angin geotrofi, isipadu spesifik, tekanan, dan del-operator mendatar. Tidak terdapat sebarang terbitan individu di dalam medan. Angin pada semua titik ialah angin geostrofi. Di bumi, aliran geostrofi berada di sepanjang bulatan besar supaya keseimbangan geostrofi dapat wujud tepat hanya pada titik-titik, atau kira-kira di atas suatu kawasan. Tetapi dalam model teoretis yang dibatasi di bawahnya oleh satu satah permukaan, sama ada dengan atau tanpa keragaman daya Coriolis, anggapan keseimbangan geostrofi dalam aliran asas adalah sesuatu yang tekal dan berguna; misalnya angin baratan geostrofi yang berubah dengan ketinggian mengikut hukum angin terma. Oleh sebab kedua-dua pecutan olakan itu sifar, maka aliran adalah tunak. Bagi gerakan berskala siklon di latitud luar tropika, atmosfera bebas sering menghampiri keadaan keseimbangan geostrofi.

Kembali ke atas