Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepatnya 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. 1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 2. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 3. Melentur biarlah waktu rebung. No 1 banyak digunakan oleh masyarakat. Tapi kamus menyatakan yang tepatnya no 3. Mohon penjelasan.Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu tercatat peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Jika peribahasa "Melentur buluh biarlah dari/daripada rebungnya" tercatat dalam mana-mana sumber yang sah seperti buku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh diterima pakai khususnya untuk tujuan peperiksaan.Tatabahasa08.01.2017
Salam Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui maksud yang setepat-tepatnya peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan saya juga ingin mengetahui kegunaan 'maksud' dan 'makna' Adakah betul 'maksud' untuk frasa/ayat 'makna' untuk kata/perkataan? Terima kasih

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bermaksud seseorang itu mesti berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu dan segala kesukaran yang dihadapi perlu ditempuhi agar segala keinginan dapat diperoleh.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna didefinisikan sebagai erti atau maksud (sesuatu perkataan dll).  Maksud didefinisikan sebagai 1. tujuan, hajat, kehendak, niat  2. erti yang tersimpul dalam sesuatu ayat (perbuatan dll).

Lain-lain27.10.2011
Adakah imbuhan mempeR- mempunyai objek tepat dan objek sipi seperti imbuhan apitan meN-..-kan seperti contoh dalam ayat "majikan itu memperalat pekerja syarikatnya". Adakah pekerja objek merupakan tepat dan syarikatnya merupakan objek sipi?Awalan imbuhan memper-, apabila digabungkan dengan segelintir kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan. 
Contohnya: alat      -  memperalat
                  daya    -  memperdaya
                  kacang -  memperkacang

Objek tepat dan objek sipi pula merupakan dua objek yang terdapat dalam satu ayat .  Binaan ayat ialah seperti yang berikut :
             subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2
Contoh ayat:
             Hasnah      membelikan       Asri          sebuah buku
             (subjek)     (kata kerja)     (objek 1)      (objek 2)

Objek 1 ialah objek yang mengikuti secara langsung kata kerja dan disebut objek tepat, sementara objek 2 yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi.  Dalam ayat contoh, Asri ialah objek tepat manakala sebuah buku ialah objek sipi.
Satu ukuran untuk menentukan yang mana satukah antara kedua-dua objek itu objek tepat atau objek sipi ialah proses pasif.  Dalam bahasa Melayu, hanya objek tepat yang boleh mengalami proses pasif, iaitu proses yang mengedepankan objek asal menjadi subjek terbitan ayat pasif, atau unsur yang diterangkan.  Bentuk pasif bagi ayat contoh ialah:
                Asri dibelikan sebuah buku oleh Hasnah
Untuk mengetahui sama ada ayat contoh yang mengandungi imbuhan memper- yang saudara berikan itu, mempunyai objek tepat dan objek sipi atau tidak, kita boleh cuba dengan mengubah ayat tersebut menjadi ayat pasif dengan menjadikan objek tepatnya sebagai subjek:
                 Ayat contoh: Majikan itu memperalat pekerja syarikatnya.
                 Apabila dipasifkan: Pekerja diperalatkan syarikatnya oleh majikan itu.

Apabila dipasifkan, maksud ayat tidak sama dengan ayat asal dan susunan ayat juga tidak gramatis.  Jadi,  ini membawa maksud bahawa imbuhan memper_ tidak mengandungi objek tepat dan objek sipi.
Tatabahasa19.02.2014

Kembali ke atas