Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepi;

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(216)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
loho[lo.ho]kata adjektifbusuk, lodoh (buah).Dibiyanye buwah nangke tu tepi dapo sampai abes loho.[di.bi.jA.ø« bu.wAh nAN.k« tu t«.pi dA.po sAm.pAj A.bes lo.ho]Dibiarnya buah nangka itu di tepi dapur hingga habis busuk.
pak[pA/]kata namabelebas di dinding yang digunakan untuk meletak barang-barang kecil.Letakkan celak ni kat pak tepi ceremen.[l«.tA/.kAn tS«.lA/ ni kAt pA/ t«.pi tS«.Ä«.men]Letakkan celak ini di atas belebas di tepi cermin itu.
beranak[b«.ÄA.nA/]kata adjektifberkenaan susunan ikatan tepi kain kurung Johor yang tidak kemas.Mengelon kaen tu biar betol-betol, karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengelon kain itu biarlah cermat, nanti beranak pula.
elon[e.lon]kata namasusunan sama lebar (bagi kain kurung Johor), kira-kira sepelempap untuk tiga atau empat susun dan diikat di tepi pinggang.Buat elon kaen tu biar betol-betol, kang teburai pulak.[bu.wAt e.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kAN t«.bu.ÄAj pu.lA/]Buat elon kain itu biarlah cermat, nanti terburai pula.

Kembali ke atas