Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepi;

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(216)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mengkuang ae[m«N.ku.wAN Ae] sejenis mengkuang yang tumbuh di dalam air di tepi-tepi sungai.   
keladi cudang[k«.lA.di tSu.dAN] sejenis pokok keladi yang bahagian tepi pelepahnya berwarna merah dan isinya berwarna putih. Keladi ini boleh direbus, dibuat sayur atau digoreng. Pelepahnya juga boleh dibuat sayur.   
siku-siku[si.ku.si.ku]kata namabahagian hujung kiri dan kanan tulang melintang layang-layang yang dilengkongkan.Siku-siku layang-layang kau ni aku tengok senget aje.[si.ku.si.ku lA.jAN.lA.jAN kAw ni A.ku t«.No/ s«.Net A.dZ«]Kedua-dua bahagian tepi layang-layang engkau ini aku tengok senget sahaja.
tali kaki[tA.li kA.ki] dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali ares.Kau pasang tali kaki kene kuat-kuat, kalau tak, putos.[kAw pA.sAN tA.li kA.ki k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos]Kau pasang tali kaki kena kuat-kuat, kalau tak, putus.
tali ares[tA.li A.Äes] dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali kaki.Kau pasang tali ares kene kuat-kuat, kalau tak, putos.[kAw pA.sAN tA.li A.Äes k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos]Kau pasang tali ares kena kuat-kuat, kalau tak, putus.

Kembali ke atas