Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepi;

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(216)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata sendi nama bagi ayat-ayat berikut yang mana betul? a. Iklan ditampal di dinding- dinding bangunan atau dipasang di tepi tepi-tepi jalan. b. Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan.Ayat yang lebih gramatis ialah "Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan."Tatabahasa05.03.2014
Slm. Ikan Paus Terdampar di Tepi Pantai (soalan : di tepi - tepi huruf kecil @ besar?) TqHuruf kecil. Yang lebih tepat "Ikan paus terdampar di tepi pantai".Lain-lain03.04.2017
Bagaimana ayat yang betul bagi ayat ini: I. Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi-tepi jalan walaupun sudah larut malam. II. Strategi yang dilakukannya belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kutu rayau-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.

2. Strategi yang dilakukannya masih belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.11.2018
MOHON MENDAPAT EJAAN SINGKATAN UNTUK PERKATAAN "KAMPUNG". SAYA SELALU MELIHAT EJAAN TERSEBUT SEBAGAI "KG" SAHAJA DI PAPAN TANDA TEPI-TEPI JALAN.Singkatan bagi istilah kampung ialah kg. (perlu letak tanda titik) Ejaan26.09.2016
Ali sekeluarga berkelah di __________. A pantai B tepi pantai C tepi lautAli sekeluarga berkelah di pantai/tepi laut.Tatabahasa08.05.2012
Salam, Adakah ayat "Adik mandi di tepi pantai" betul? atau Adik mandi di pantai.Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Frasa yang betul ialah "Adik mandi di tepi pantai" (merujuk laut, tepi pantai).Tatabahasa07.08.2018
saya ingin mengetahui erti peribahasa di bawah: 1. jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri 2. jangan suka mengata orang 3. mulut murai 4. seseorang yang suka mengata orang1.  menjaga tepi kain orang - kiasan yang bermaksud mengambil tahu hal orang lain; 2. jangan suka mengata orang - bukan peribahasa  3. mulut murai - simpulan bahasa bermaksud orang yg sangat suka bercakap-cakap 4. seseorang yang suka mengata orang - bukan peribahasa   Lain-lain09.10.2008
bolehkan tuan menyatakan "berkelah di pantai atau berkelah di tepi pantai", yang mana betul? pantai atau tepi pantai. terima kasih.Kedua-duanya betul dan perlu disesuaikan penggunaannya mengikut konteks ayat. Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Walau bagaimanapun, istilah tepi pantai juga betul jika merujuk perkelahan di tepi pantai.Tatabahasa30.07.2015
Istilah manakah yang lebih tepat sama ada "berkelah di tepi pantai" atau "berkelah di pantai". Jika diikutkan jika berkelah di tepi pantai, laut sewajibnya berkedudukan di tepi pantai tersebut. Jadi, adakah berkelah di tepi pantai membawa maksud seperti berkelah dalam laut. Terma KasihKedua-dua istilah tersebut betul.Istilah30.10.2014
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023
12345678910...

Kembali ke atas