Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepi;

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(216)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
joke[dZ.kE]kata tugasdi sudut, di tepi, di penjuru.Jangan dok joke pintu kang jatoh.[dZA.NAn d/ dZ.kE pin.tu kAN dZA.toh]Jangan duduk di tepi pintu tu, nanti jatuh.
songsong[sN.sN]kata kerjamenolak sesuatu.Tolong songsong meja tu ke tepi.[to.loN sN.sN mE.dZA tu k« t«.pi]Tolong tolak meja itu ke tepi.
busuk melanton[bu.su/ m«.lAn.ton] berkenaan sesuatu yang tersangat busuk.Bau bangkai lembu tepi jalan busuk melantun.[bAw bAN.kAi l«m.bu t«.pi dZA.lAn bu.su/ m«.lAn.tun]Bau bangkai lembu di tepi jalan tersangat busuk.
condek[tSon.de/]kata adjektifberkenaan seseorang atau alat yang berada di tepi atau di bahagian hujung sesuatu.Ngape awok dok condek je kat pelanto tu.[NA.p« A.wo/ do/ tSon.dE/ dZ« kAt p«.lAn.t tu]Mengapa awak duduk di tepi pelantar itu.
cope I[tSo.pe]kata adjektifberkenaan seseorang atau alat yang berada di tepi atau di bahagian hujung sesuatu, condek.Jangan bediri cope kat pintu, kang jatoh.[dZA.NAn b«.di.Äi tSo.pe kAt pin.tu kAN dZA.toh]Jangan berdiri di tepi pintu, nanti jatuh.
bederong[b«.d«.ÄoN]kata adjektifberkenaan orang ramai yang datang serentak ke sesuatu tempat.Koi nampak orang bederong kat tepi sunge.[koj nAm.pA/ o.ÄAN b«.d«.ÄoN kAt t«.pi su.NE]Saya nampak orang ramai dekat tepi sungai.
mepe[m:E.pE:]kata kerjaberjalan dalam keadaan yang mencurigakan.Koi nampak die mepe tepi pago tu, pencuri agaknye.[koj nAm.pA/ di.j« mE.pE t«.pi pA.g tu p«n.tSu.Äi A.gA/.ø«]Saya nampak dia berjalan dalam keadaan mencurigakan di tepi pagar, agaknya pencuri.
daon barat[dA.won bA.ÄAt] pokok menjalar yang tumbuh meliar di tepi pantai. Ia berbunga ungu dan putih.   
bulun[bu.lun]kata namatumpahan minyak yang kelihatan bertompok-tompok di tepi pantai.Man geli nak ke pantai pase banyak bulun.[mAn g«.li nA/ k« pAn.tAj pA.sE bA.øA/ bu.lun]Saya geli hendak ke pantai sebab banyak tumpahan minyak.
cemeridau[tS«.m«.Äi.dAw]kata adjektifberkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeriau, cempiau.Tok boleh tido pase budok cemeridau tepi jalan.[to/ b.leh ti.do pA.sE bu.d/ tS«.m«.Äi.dAw t«.pi dZA.lAn]Tak boleh tidur sebab budak bising tepi jalan.

Kembali ke atas