Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pian] | تڤين

Definisi : tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pian] | تڤين

Definisi : tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepian

Puisi
 

Berempat tegak di tepian,
     Cukup berlima maka mandi;
Usah mengumpat di bahagian,
     Suratan sudah dimenterai.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Mohon pencerahan untuk peribahasa bentuk pepatah, iaitu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian atau berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bentuk yang manakah lebih tepat penggunaannya. Terima kasihPenggunaan yang tepat:
 
Berakit-rakit ke hulu, 
     berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dulu, 
     bersenang-senang kemudian.
Lain-lain05.04.2017
Selamat sejahtera, Adakah "tepian tulang belakang" sesuai bagi terjemahan "binding edge"?Bolehkah perkataan/frasa ini boleh diubah kepada "tepian belakang" sahaja? "tulang belakang" kedengaran pelik. Mohon penjelasan dan semoga perkataan ini boleh disemak semula kepada frasa yang lebih baik. Terima kasih.Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman, padanan tersebut telah melalui jawatankuasa yang berautoriti memberikan padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah.Penyemakan dan penterjemahan21.05.2015
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "promenade" (iaitu kawasan tepian air/sungai/laut yang biasanya dijadikan kawasan rekreasi/tumpuan pelancong). Contoh: Kuantan Promenade dan Kota Bharu Promenade.Kami mencadangkan "promenade" diterjemahkan sebagai "sesiaran". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah25.04.2022
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian

Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 

1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi)

2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu

3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang

Makna15.05.2011
saya ingin minta bantuan terjemahan "waterfront" dalam bahasa Melayu..Terima kasihPadanan bagi kata "waterfront" dalam bahasa Melayu ialah tepian air atau kawasan dermaga.Istilah30.05.2011
bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian

Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Lain-lain08.10.2009
Baru-baru ini kelab motosikal kami telah memutuskan motto "JALINAN SEPADU SEJALANAN" Saya cuma musykil dengan maksud SEJALANAN kerana JALANAN itu sendiri membawa maksud street/tepian jalan. Tidak menggambarkan satu hala tuju. Sesuaikah SEJALANAN itu pada motto kami. Tidakkah ia membawa nilai maksud yang 'rendah'?Mengikut Kamus Dewan Perdana, maksud "jalanan" ialah jalan-jalan yang menjadi tempat lalu lintas orang, kenderaan dan lain-lain. Oleh itu, cadangan moto yang sesuai ialah "Jalinan Teman Sejalan"Lain-lain28.03.2022
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada “Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” yang bermaksud untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.

Sastera08.06.2023
6.Apakah perbezaan antara perkataan “kunci” dengan “anak kunci”? Mengapakah perkataan “anak” digunakan sebelum “kunci” dan apakah maksud yang dibawa olehnya? 7.”Sebahagian daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”, “Sebilangan daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”. Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan antara “sebilangan” dengan “sebahagian”. Bolehkah penggunaan kedua-dua perkataan tersebut ditukar ganti? 8.”Jemput datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”, ”Sila datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”. Ayat manakah yang betul? Bolehkah “jemput” dan “sila” ditukar ganti? 9. Sila betulkan kesalahan dalam ayat berikut: “Elok agak kita ke kantin untuk membeli makanan.” 10.Apakah maksud kata ganda “tepi-tepian”? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Sila berikan contoh yang sesuai. Sila berikan tunjuk ajar. Tunjuk ajar pihak dbp amat dihargai. Terima kasih.

Jawapan

 

1.   Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci:

1.    alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci.

 

2.    Kedua-dua sebilangan dan sebahagian boleh digunakan untuk ayat tersebut. Kedua-duanya boleh ditukar ganti mengikut konteks ayat. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak.

 

3.    Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:

 

4.    Ayat yang lebih baik boleh ditulis begini: “Elok kita ke kantin untuk membeli makanan” atau “Baik kita ke kantin untuk membeli makanan”.

 

5.    Dalam data kami tiada kata ganda tepi-tepian.  Yang ada hanya tepi-tepi atau tepian sahaja.  Contoh ayat:  Batu-batu yang cantik ini dipungut di tepi-tepi sungai. Tepian bermaksud 1. tempat mandi di tepi sungai; tempat yang di tepi sesuatu (sungai, laut dan lain-lain) atau 2. bahagian tepi sesuatu benda: Lanset ialah pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yg menirus

 

Lain-lain30.10.2014
Selamat tengah hari. ayat yang manakah di bawah ini betul? Atau salah kedua-duanya? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" bermaksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.
Tatabahasa04.06.2023
12

Kembali ke atas