Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pian] | تڤين

Definisi : tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pian] | تڤين

Definisi : tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepian

Puisi
 

Berempat tegak di tepian,
     Cukup berlima maka mandi;
Usah mengumpat di bahagian,
     Suratan sudah dimenterai.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spandrel beamrasuk layar gerbangKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk yang terletak di sepanjang bahagian luar tepian lantai atau tepian bumbung yang digunakan sebagai kemasan.
parallel edgetepian selariKesenianHiasan DalamanAlat mendraf seperti Mayline atau Paradraft yang dipasang dengan dawai tebal di atas papan lukisan teknikal. Tepian selari boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan selari tanpa menggunakan tekanan tangan ke atas sesiku-T. Alat ini menjadi pilihan pelukis pelan berbanding sesiku-T. Jenis tepian selari yang dibeli secara berasingan dan kemudiannya dipasang ke atas papan lukisan teknikal adalah lebih lembut dan licin berbanding jenis yang sudah siap dipasang.
binding edgetepian tulang belakangPerpustakaanTiadaTepian sesuatu jilid buku, biasanya bahagian tepi sebelah belakang yang biasa menerima rawatan jilidan utama seperti jahitan, memampat, dan lain-lain.
waterfronttepian airSosiologiTiadaKawasan di sepanjang tepian badan air (seperti sungai atau tasik) yang direka bentuk khas.
waterfronttepian airPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan di sepanjang tepian badan air (seperti sungai atau tasik) yang direka bentuk khas.
vergencetepianFizikTiadaTiada
waterfronttepian airPenilaian Harta TanahTiadaTiada
waterfronttepian airSains MarinTiadaKawasan khas yang dibina di pesisir pantai, sungai dan laut untuk bersiar-siar bagi pelancong atau untuk tujuan riadah sambil menikmati pemandangan khususnya di tepi laut, tasik dan kawasan perkelahan.
bled edgestepian bersantakKomunikasi MassaTiadaTiada
continental borderlandtepian benuaGeografiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas