Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk mem­buat kuih); ~ berperasa tepung yg me­ngan­­dungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekat­kan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sem­purna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : Mn; menepung menggocoh, memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1 benda yg ditumbuk, di­giling dll hingga hancur dan lumat: ~ jagung. 2 benda yg sejak asalnya sedia lumat; bubuk; serbuk: ~ sari debunga. ~ beras tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum. ~ gomak kuih berinti yg dibuat drpd tepung pulut dan diselaputi tepung kacang hijau. ~ sagu tepung yg dibuat drpd sagu. ~ suji tepung yg kasar (drpd gandum). ~ talam kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu. menepung menumbuk atau mengisar beras dll hingga menjadi tepung: ~ jagung me­numbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung

Puisi
 

Tetak tepung tetak sedahan,
     Segar-segar pancung sekali;
Mana kampung mana halaman,
     Telaga keruh bekas kumandi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus,
     tepung jangan terserak.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selayang pandang[s«.lA.jAN pAn.dAN] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus.   
tepong gomak[t«.poN go.mA/] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berintikan kelapa yang direbus atau dikukus dan setelah direbus atau dikukus digolekkan pada tepung kacang hijau.   
buah molong[mo.loN] sejenis pengat daripada tepung gandum berbentuk bebola yang dimasak dengan gula.   
jongkong[dZoN.koN]kata namasejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus.   
bongkoh[boN.koh]kata namasejenis kuih daripada tepung gandum, pisang, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul dengan air. Bahan tersebut dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus tapai dan dikukus sehingga masak.   
tepong kusoi[t«.poN ku.soj] sejenis kuih daripada tepung gandum, gula melaka, santan dan setitik kapur sirih yang diadun bersama dan dikukus dengan loyang. Setelah masak, kuih ini dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, kuih kaswi.   
keromos[k«.Äo.mos]kata namasejenis kuih daripada tepung gandum, gula dan bahan penaik yang digoreng hingga kembang.   
rangin [[ÄA.Nin]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul bersama dan dibakar.   
pendaram[p«n.dA.ÄAm]kata namasejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat   
bubo som-som[bu.bo som som] sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g   
123

Kembali ke atas