Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk mem­buat kuih); ~ berperasa tepung yg me­ngan­­dungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekat­kan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sem­purna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : Mn; menepung menggocoh, memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1 benda yg ditumbuk, di­giling dll hingga hancur dan lumat: ~ jagung. 2 benda yg sejak asalnya sedia lumat; bubuk; serbuk: ~ sari debunga. ~ beras tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum. ~ gomak kuih berinti yg dibuat drpd tepung pulut dan diselaputi tepung kacang hijau. ~ sagu tepung yg dibuat drpd sagu. ~ suji tepung yg kasar (drpd gandum). ~ talam kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu. menepung menumbuk atau mengisar beras dll hingga menjadi tepung: ~ jagung me­numbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung

Puisi
 

Tetak tepung tetak sedahan,
     Segar-segar pancung sekali;
Mana kampung mana halaman,
     Telaga keruh bekas kumandi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus,
     tepung jangan terserak.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 
KUMBANG TEPUNG

Kumbang tepung ialah mana-mana satu

daripada beberapa kumbang kecil, kemerahan, dan

leper yang hidup dalam tepung, mil dan keluaran

bijirin.

UMUM 
TEPUNG UBI KAYU

Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang

banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil

daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika

dalam famili yang sama dengan kacang jarak . Kuih

yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah

berkhasiat dan mudah dihadam.

UMUM 
TEPUNG TAWAR

TEPUNG TAWAR, sejenis bahan atau ramuan yang digunakan dalam perubatan tradisi dan acara ritual orang Melayu. Tepung tawar dibuat daripada beras yang dibancuh dengan air. Tepung tawar harus dibuat dengan tertib, cermat dan dimulai dengan bacaan bismillah. Biasanya tepung tawar dibuat beberapa minit sebelum digunakan. Tepung tawar dibuat khusus untuk sesuatu tujuan atau acara sahaja.

BUDAYAKonsep
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
SIRAP JAGUNG

Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis

yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses

makanan menggunakannya untuk memaniskan

makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan

banyak makanan yang lain. Sirap jagung

menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia

juga menarik dan membendung lembapan, dan

dengan itu ia membantu mencegah makanan

berbakar daripada menjadi keras.

UMUM 
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
PASTA

Pasta ialah makanan yang dibuat terutamanya

daripada tepung dan air. Ia wujud dalam lebih

daripada 100 bentuk dan saiz.

UMUM 
PASTRI

Pastri dibakar daripada doh yang keras, pendek

yang pada dasarnya terdiri daripada tepung,

garam, lelemak, dan air. Doh ini dibakar menjadi

pastri biasa, pastri berkelopak, atau pastri paf.

UMUM 
123

Kembali ke atas