Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk mem­buat kuih); ~ berperasa tepung yg me­ngan­­dungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekat­kan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sem­purna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : Mn; menepung menggocoh, memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1 benda yg ditumbuk, di­giling dll hingga hancur dan lumat: ~ jagung. 2 benda yg sejak asalnya sedia lumat; bubuk; serbuk: ~ sari debunga. ~ beras tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum. ~ gomak kuih berinti yg dibuat drpd tepung pulut dan diselaputi tepung kacang hijau. ~ sagu tepung yg dibuat drpd sagu. ~ suji tepung yg kasar (drpd gandum). ~ talam kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu. menepung menumbuk atau mengisar beras dll hingga menjadi tepung: ~ jagung me­numbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung

Puisi
 

Tetak tepung tetak sedahan,
     Segar-segar pancung sekali;
Mana kampung mana halaman,
     Telaga keruh bekas kumandi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus,
     tepung jangan terserak.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
puddingpudingPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang lembut berkrim biasanya diperbuat daripada tepung, tepung jagung dan sebagainya dan wap atau dibakar.
fish mealtepung ikanPerikananAkuakulturBahan asas utama yang digunakan dalam penyediaan makanan rumusan ikan dan udang. Tepung ikan mengandungi sumber protein yang tinggi dan kandungan asid amino perlu yang lengkap untuk keperluan ikan. Terdapat dua jenis sumber tepung ikan utama, iaitu tepung ikan import dan tepung ikan tempatan. Tepung ikan import diproses daripada hasil tangkapan ikan secara komersial khas untuk penghasilan tepung ikan, manakala tepung ikan tempatan diproses daripada hasil tangkapan sampingan atau ikan baja.
bleached flourtepung lunturan; tepung lunturPentadbiran PerniagaanTiadaTepung yang telah dicampur dengan sejenis bahan kimia untuk memutihkannya.
bunga tepung talambunga tepung talamKesenianTiadaMotif tenunan berunsur makanan berbentuk kuih tepung talam.
cutting in (flour mixture)potong dalam (campuran tepung)SosiologiTiadaMemotong lemak seperti mentega di dalam tepung untuk digaulkan dengan tepung tersebut semasa menyediakan adunan pastri.
compressed yeastyis mampatPentadbiran PerniagaanTiadaYis bentuk kek daripada penapisan sel daripada cecairnya, dimampat dan dicampur dengan tepung atau tepung kanji.
flour beetlekumbang tepungBiologiEntomologiKumbang dalam famili Tenebrionidae, khususnya genus Tribolium, yang hidup di dalam tepung. Larvanya menjadi perosak utama tepung dan hasil bijirin.
dredgekorek; kapal korek; taburPentadbiran PerniagaanTiada3. Tabur: Proses menyadur makanan dengan menggolekkannya di dalam tepung atau menabur tepung ke atasnya.
half pastrypastri setengahPentadbiran PerniagaanTiadaDoh pastri lapis yang mengandungi kuantiti marjerin pastri separuh daripada kuantiti tepung, contohnya 1kg tepung mengandung 500g marjerin pastri.
powdered milksusu tepungMakanan dan PemakananMakananSusu yang dihasilkan dengan menyejatkan kandungan air dalam susu segar sehingga menjadi serbuk kering. Susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada susu dalam bentuk cecair. Susu tepung tidak perlu didinginkan kerana kandungan kelembapannya yang rendah.
12345678910...

Kembali ke atas