Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tera (kata nama)
Bersinonim dengan cap, mohor, segel, meterai;,
Kata Terbitan : menera, tertera,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah merujuk kepada Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001 dan 2007. Ada beberapa kekeliruan: 1. cap (tera/cetak) - cap (apa kesalahan ejaan tersebut? Adakah istilah cop yang dimaksudkan?) 2. istirehat - isytirahat. Istilah mana yang tepat? Isytirahat atau istirahat? 3. diubah suai - diubahsuai. Mengikut buku Tatabahasa dewan, kata majmuk berpasangan yang ditambah imbuhan apitan sahaja akan ditulis rapat, contoh ubah suai menjadi diubah suai sepatut masih ditulis terpisah tetapi dalam senarai Koleksi Lembar Bahasa tercatat sebagai yang betul ialah diubahsuai ? 4. Bandar raya - Bandar raya. Apa kesalahan ejaannya? Ada beberapa istilah yang betul tetapi dicatatkan salah ejaannya. 5. Definasi - Fefinisi. Adakah ini kesalahan menaip? 6. Cendekiawan atau cedekiawan? 7. Apa perkaitan renik (rendah) dengan ruang niaga? Terima kasih

Penggunaan kata/ejaan yang betul ialah cap, istirahat, ubah suai, diubah suai, bandar raya, definisi, cendekiawan, renek dan ruang niaga. Untuk maklumat lanjut rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang hendak dicari. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Ejaan11.12.2011
Salam. Saya ingin meminta pihak DBP untuk menterjemahkan makna perkataan STAMPING ke dalam bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk memohon lesen perniagaan kilang tempat saya bertugas.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "stamping" ialah tekan tera.  Tekan tera bermaksud 
1. Proses menghasilkan imej pada kertas dengan mengecap secara mekanikal atau dengan tangan. 
2. Proses membentuk sesuatu kepingan logam, plastik dan sebagainya dengan menggunakan hentakan atau tekanan yang kuat.
Istilah04.03.2014
Assalamualaikum. Baru-baru ini DBP ada mengeluarkan 8 istilah baru ICT. Boleh ke saya dapatkan penerangan dari pihak DBP mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Tunafoto 2) Swafoto maut 3) Pengkomputeran awan 4) Tera air 5) Butang tekan 6) Emotikon 7) Kawasan khas 8) Tapak panas Apa yang pasti ianya terjemahan daripada perkataan ICT terbaru dalam bahasa Inggeris. Boleh kami tahu bagaimana setiap perkataan ini dipilih seperti perkataan Tunafoto. Sekian. Terima Kasih.1) Tunafoto - Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.
2) Swafoto maut - Mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian.
3) Pengkomputeran awan - Pengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan.
4) Tera air - Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas.
5) Butang tekan - Merupakan terjemahan bagi perkataan push-button.
6) Emotikon - Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet.
7) Kawasan khas - Terjemahan bagi perkataan hotspot
8) Tapak panas - Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular.

Untuk makluman, istilah yang dipilih telah digubal oleh Jawatankuasa Pembentukan Istilah.
Istilah22.11.2017
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan?Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklumTatabahasa05.08.2007
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasihSalam sejahtera,

Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud:
 
1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll
2. kupon (untuk membeli barang-barang);
menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.)

Sekian untuk makluman.

Makna28.11.2017
Digital watermarking jika di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia yang manakah lebih tepat: 1. penandaan genang digital 2. penandaan air digital 3. tanda tangan digital atau 4. teknik penanda airIstilah bahasa Melayu untuk "digital watermarking" ialah tera air digital atau peneraan air digital.Istilah20.04.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Beam Presses 2.Blanking Presses 3.C-frame Presses 4.Clamping Presses 5.Clicker Presses 6.Coining Presses Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu  yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Beam Presses - Penekan Alur
2.Blanking Presses  - Penekan Tebuk
3.C-frame Presses - Penekan Kerangka C
4.Clamping Presses – Penekan Kapit
5.Clicker Presses –Penekan Potong Terap
6.Coining Presses – Penekan Tera

Istilah05.04.2016
Apakah perbezaan di antara meteri dan meterai dan mohon contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. Terima kasih.
Menurut data kami tiada perkataan meteri manakala meterai merujuk kepada lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebgainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dan lain-lain); memeterai membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dalam hati terasa dalam hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna24.10.2018
Salam. Adakah huruf ringkas merupakan sejenis akronim? Atau adakah akronim hanya terhad kepada singkatan yang dibaca mengikut ejaan sahaja seperti "UMNO" dan "UNESCO", tetapi bukan huruf ringkas yang dibaca dengan cara mengeja seperti "SKMM" dan "WHO". Terima kasih.

Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan. 1">

1"> 

Kata nama akronim boleh dibahagiakan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu:1">

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya, “ADUN” (Ahli Dewan Undangan Negeri)1">

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contohnya, “Perhilitan” (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)1">

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contohnya, “Bernama” (Berita Nasional Malaysia)1">

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contohnya, “jentolak” (jentera tolak)1">

Tatabahasa13.02.2022
Boleh pihak DBP bezakan antara akronim dengan singkatan frasa contoh perkataan ABIM..LKIM..ADUN.LUTH.ini ialah akronim..sedangkam PkP, SOP DASAR WAWASAN NEGARA (DEN)dikira sebagai singkatan kata.TERIMA KASIHKata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

Kata nama akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

1. Akronim dibentuk dengan menggabungkan huruf awal sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "ADUN" (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata dan huruf awal sesuatu            rangkai kata:
    Contoh: "Perlihitan" (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "Bernama" (Berita Nasional Malaysia)

4. Akronim dibentuk dengan menggabungkan bahagian awal perkataan pertama   
    dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
    Contoh: "jentolak” (jentera tolak)

Manakala singkatan pula bermaksud sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan.

Contoh:
"Encik" (En.)
"Yang Berbahagia" (YBhg.)
"Tengah Hari" (Tgh.)


Tatabahasa09.11.2022

Kembali ke atas