Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teradun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, apakah term paling sesuai untuk blended learning yang diterima pakai sekarang? TQ.Dalam data rujukan kami, istilah blended learning dipadankan sebagai pembelajaran teradun. Pembelajaran teradun merupakan kaedah pembelajaran secara formal dan tidak formal yang menggabungkan media digital dalam talian dengan kaedah tradisional. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=blended+learning+&d=69812&#LIHATSINI.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2019
Salam sejahtera saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembelajaran teradun. terdapat 3 soalan berkaitan terjemahan istilah iaitu 1. apakah terjemahan bagi enriched-virtual model? 2. apakah terjemahan bagi flipped learning? 3. apakah terjemahan bagi flipped classroom?Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
1. enriched-virtual model - model maya diperkaya
(mohon berikan contoh dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu yang lebih baik dan betul)
2. flipped learning - pembelajaran balikan
3. flipped classroom - kelas balikan
Makna01.04.2022
Assalamualaikum tuan, Perlukah kita terjemahkan perkataan Facebook, Twitter, Skype ke dalam Bahasa Melayu? Dalam penulisan adakah perlu kita italik perkataan tersebut? Terima kasih. AziraZana Hammid Satu lagi bagaimana pula dengan perkataan blended calssroom, flipp classrom. Jika diterjemah ke dalam BM bermaksud kelas teradun, kelas berbalik. terima kasih sekali lagiWaalaikumussalam,
Perkataan Facebook, Twitter, Skype tidak perlu diterjemahkan atau diitalikkan kerana merupakan kata nama khas bagi nama aplikasi. Bagi terjemahan istilah blended calssroom, flipp classrom masih belum ada dalam data PRPM kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan bag blended classroom ialah kelas teradun manakal flipp classroom ialah pembelajaran flip. Sekian terima kasih
Makna15.02.2019

Kembali ke atas