Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.jang] | تراجڠ

Definisi : tendangan (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: dgn sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur; ~ tumit meng­hentakkan tumit ke tanah; menerajang 1. menendang (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: kaki kanannya ~ lelaki itu; 2. ki mengetepikan, mengesam­pingkan: tetapi apabila datang seorang yg berdarjat, apabila datang orang yg lebih berharta aku diterajangnya; menerajangkan menendangkan, menye­pak­kan, mendepakkan: maka anjing per­buruan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.jang] | تراجڠ

Definisi : tendangan ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki. menerajang me­nendang ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki: Dia ~ perompak itu dgn kaki kanannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terajang
Kata Terbitan : menerajang,

Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris TerajangKeris TerajangKerisTiadaLihat Keris Pekaka.
Keris PekakaKeris PekakaKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu berbentuk seperti kepala burung pekaka. Keris ini berasal dari Patani, Thailand. Sin. Keris Pekakak, Keris Tajun, Keris Terajang, Keris Vlu Pekakak.

Kembali ke atas