Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.ju] | تراجو

Definisi : 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregang­kan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.ju] | تراجو

Definisi : 1 alat utk menimbang yg ter­­diri drpd dua biji piring yg digantungkan pd lengannya; neraca. 2 tali utk meng­gantung lampu; tali utk merentangkan khemah supaya tidak roboh dll. 3 tali atau benang yg diikatkan pd rangka layang-layang. 4 ki orang yg penting atau yg utama; ketua (pemimpin) se­suatu badan, pertubuhan dsb; yg tertinggi (ttg kuasa, pemerintahan dll). menerajui 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu di­tuai. penerajuan perbuatan atau hal menerajui. peneraju orang atau pihak yg menerajui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teraju (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa tertinggi, pucuk pimpinan, kemudi;,
Kata Terbitan : menerajui,

Peribahasa

Bagai wau putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TerajuArwai A. RMingguan Famili18.06.1988
TerajuRozy KamalUtusan Borneo22.06.1995
Teraju Asasi masih tidak berubahIhsan NoorzaliBerita Harian27.03.1995
Pengarah teraju utama kejayaan teaterKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia10.11.1990
Siri teraju kegiatan budayaTiadaBerita Harian27.04.1998
Dua akademi teraju sekolah penerbitan MalaysiaRossilawati SharifUtusan Melayu17.03.2008
Mohamad Daud teraju baru Kalam-Utusan Malaysia01.02.2007
Raja Pencil teraju seni MakyongAdam SallehMetro Ahad08.10.2000
Bahasa Melayu teraju generasi 2020TiadaWarta Perdana27.03.1994
Generasi mahir teraju WawasanSalbiah AniBerita Harian19.03.1997
12

Kembali ke atas