Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.ju] | تراجو

Definisi : 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregang­kan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.ju] | تراجو

Definisi : 1 alat utk menimbang yg ter­­diri drpd dua biji piring yg digantungkan pd lengannya; neraca. 2 tali utk meng­gantung lampu; tali utk merentangkan khemah supaya tidak roboh dll. 3 tali atau benang yg diikatkan pd rangka layang-layang. 4 ki orang yg penting atau yg utama; ketua (pemimpin) se­suatu badan, pertubuhan dsb; yg tertinggi (ttg kuasa, pemerintahan dll). menerajui 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu di­tuai. penerajuan perbuatan atau hal menerajui. peneraju orang atau pihak yg menerajui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teraju (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa tertinggi, pucuk pimpinan, kemudi;,
Kata Terbitan : menerajui,

Peribahasa

Bagai wau putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teraju kerasteraju kerasKesenianTiadaKeadaan simpulan teraju bawah yang paling bawah daripada pusat sayap.
teraju lembutteraju lembutKesenianTiadaKedudukan simpulan tali teraju bawah yang paling atas daripada pusat sayap.
tali teraju atastali teraju atasKesenianTiadaTali teraju yang diikat pada bilah sayap atas, bertujuan untuk mengimbang antara kiri dan kanan.
tali teraju bawahtali teraju bawahKesenianTiadaTali yang diikat pada teraju atas dan bilah sayap bawah. Bertujuan untuk mengimbangkan keadaan angin.
tali terajutali terajuKesenianTiadaTali yang diikat pada sayap dan tulang belakang untuk keseimbangan keseluruhan. Tali wau diikat pada teraju apabila wau dinaikkan.
teraju tigateraju tigaKesenianTiadaKeadaan tali yang diikat pada tiga poin pada wau.
teraju duateraju duaKesenianTiadaKeadaan tali yang diikat pada dua poin pada wau.
back stropteraju papan tundaPerikananTiadaTali yang diikat pada belakang papan tunda dan disambung pada tali kabel bawah yang bersambung ke hujung pukat tunda. Teraju ini bertujuan menstabilkan kedudukan papan tunda semasa pukat tunda beroperasi bagi memastikan papan tunda sentiasa berada dalam keadaan tegak. Teraju ini juga membantu menentukan sudut papan tunda dan seterusnya mempengaruhi bukaan melintang mulut pukat tunda.
bracket (towing)teraju depan papan tunda (tunda)PerikananTiadaTiada
back stropteraju papan tundaPerikananTiadaTiada
12

Kembali ke atas