Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.kam] | تراقم

Definisi : 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah DBP menetapkan ejaan 'swasambada' sebagai baku (terakam dalam kamus dewan) dan bukannya swasembada seperti yang terakam dalam kamus besar bahasa Indonesia yang mungkin lebih tepat kerana dalam kamus dewan dam kbbi menyenaraikan kata dasar swasembada yakni 'sembada' (swa- + sembada) sebagai entri baku bukan sambada (tiada dalam kedua - duanya).Swasambada dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai Bahasa Indonesia. Oleh itu, apabila terdapat kekeliruan antara data Kamus Dewan dengan Kamus Besar Indonesia maka data Kamus Besar Indonesia lebih persis.Tatabahasa30.10.2018
Dalam korpus DBP, berapa banyak kalikah kata 'cangkerang' terakam dan berapa banyak kali pula kata 'cengkerang' terakam?Data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna melalui laman web www.dbp.gov.my. Pilih menu yang berkenaan satu demi satu: Perkhidmatan, Produk Penyelidikan Bahasa Melayu, Pengkomputeran Bahasa dan akhirnya Pangkalan Data Korpus. Kami berharap pengguna dapat menggunakan kemudahan yang ada dan memanfaatkan data berkenaan dengan sebaik-baiknya.Lain-lain19.11.2018
Adakah wujud perkataan "Hasil Muwasil" atau "Hasil Muasil"?Tidak terakam frasa hasil muwasil atau hasil muasil dalam kamus terbitan DBP.

Yang terakam ialah kata hasil dan kata terbitannya serta kata walhasil. Kata walhasil dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah seperti yang berikut:
 
walhasil والحاصل  kata nama
1 dan hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya; kesudahan:
Contoh penggunaan
Walhasil saya cuma ketawa semasa menonton drama yang mengarut itu.

kata adverba
2 pada hakikatnya:
Contoh penggunaan
Walhasil, segala bentuk ketaatan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah merupakan ibadah.

ASAL: [daripada Arab wa’l-ḥāṣil ‘dan hasilnya, kesimpulannya’]
Makna07.10.2023
Makna marapuan dan primarama (terakam dalam daftar rumi-jawi).Kata marapuan dan primarama hanya terakam dalam daftar rumi-jawi tetapi makna kedua-dua kata tersebut tiada dalam pangkalan DBP. Carian kami di Internet mendapati marapuan ialah kata sukuan Sabah seperti dalam ayat ‘ Sistem hubungan kekerabatan negara Toraja didominasikan oleh kelompok yang disebut marapauan atau pa’rapuan.'Makna09.07.2018
Apakah maksud graduasi, dari mana asal perkataan ini dan bolehkah digunakan dalam bahasa Melayu?Tiada kata graduasi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Hanya kata graduan yang terakam dalam kamus, iaitu mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian ijazah.Lain-lain29.09.2010
apakah maksud senuk/senok? atau mungkin ada ejaan yang hampir sama dengan perkataan itu?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, tidak terakam kata senuk atau senok. Walau bagaimanapun, kata senuk terakam dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara bermaksud tapir, tenuk.Lain-lain09.07.2010
yang mana betul, harapkan paga, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi. mohon pencerahan. terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.
Tatabahasa29.09.2014
apakah perbezaan insiantif dan inisiantifTiada kata inisiantif dan insiantif terakam dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata yang terakam ialah inisiatif dengan makna seperti yang berikut:

inisiatif kata nama
1 daya usaha, tindakan dan lain-lain yang mula-mula diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah, menangani sesuatu projek dan sebagainya:
PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dalam usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan.

2
 kebolehan untuk melihat apa-apa yang perlu dilakukan dan berusaha untuk menjayakannya:
Inisiatif menggunakan emas dalam penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 829 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan.Lain-lain31.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas