Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ran.cang] | ترانچڠ

Definisi : sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "planned maintenance"? 1. Penyelenggaraan Dirancang 2. Penyelenggaraan Terancang Bidang: Kejuruteraan Apakah perbezaan dalam penggunaan bagi frasa nombor 1 dan 2? Terima kasih.Lazimnya padanan bahasa Melayu bagi planned ialah terancang. Perkataan terancang bermaksud sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2019
Mohon Pencerahan sama ada penggunaan kata penghubung ayat di bawah berikut betul: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja DI penghujung tahun atau PADA saat akhir.Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja pada saat-saat akhir. Sekian, terima kasih.Tatabahasa01.05.2020
Saya ingin borang pendaftaran sebagai Munsyi Dewan. Saya ingin menerbitkan tesis saya, Aplikasi Modul Pengajaran Terancang Berasaskan Pendekatan Deduktif Terhadap Pencapaian Peribahasa Pelajar kepada buku dengan kerjasama pihak DBP,Puan, sila berhubung dengan Bahagian Bakat dan Kepakaran untuk mendapatkan maklumat tentang pendaftaran Munsyi Dewan melalui nombor : 03-21479217 atau03-21479216.

Berkaitan dengan penerbitan tesis pula, sila hubungi Bahagian Penerbitan Umum melalui talian 03-21479435 atau 03-21479428 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Terima kasih.
Pembinaan Bakat07.02.2015
1) adakah "penghuni kampung" diterima? 2) sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) / kedua-dua pun boleh diterima? 3) sistem pengedaran darah / sistem peredaran darah / kedua-dua pun betul? 4) adakah memberi penghormatan & memberikan penghormatan sama maksud? 5) bagaimana untuk membezakan penggunaan terancang & dirancang? 6) Mengikut Kamus tatabahasa, tersangat + kata adjektif kan betul? namun kenapa banyak jawapan bagi soalan buku tatabahasa menunjukkan "tersangat" adalah salah? saya memeriksa portal khidmat nasihat dari 2012 hingga 2015. Ada pegawai petugas yang cakap betul, ada yang berpendapat "tersangat" ini salah. harap mendapat maklum balas.

Cadangan jawapan seperti berikut:

1)    (1) Jawapan yang betul ialah penduduk kampung

2)    (2) Bersempena dengan perayaan

3)    (3) Sistem peredaran darah

4)    (4) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
     i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Pak Ali memberi anak-anaknya wang saku.
     ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

5)    (5) Perkataan terancang dan dirancang membawa maksud yang sama iaitu sudah dirancang.

6)    (6) Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah 
     penghabisan. Contoh: teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

Tatabahasa08.02.2021
Mohon bantuan berkenaan penggunaan istilah "planned happenstance" yang sesuai digunakan dalam konteks bahasa melayu. Perkataan ini diperoleh dari Teori Planned Happenstace oleh Mitchell, Levin, Krumboltz (1999)Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah planned happenstance ialah kebetulan terancang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.12.2022
“Antara langkah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah mempunyai strategi belajar.” Ada kesalahan bahasa atau tatabahasa yg terdapat dalam ayat di atas?Ayat tersebut kurang tepat, ayat yang betul ialah “Antara langkah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan termasuklah strategi belajar yang terancang”. Tatabahasa27.07.2022
Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasiIdentiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung.Lain-lain29.07.2007
Pada awalnya RUKUN NEGARA dieja sebagai Rukunegara. Pada tahun bilakah ejaan ini diubah menjadi Rukun Negara?Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Oleh itu, setelah penggunaan tatabahasa lebih mantap seperti sekarang, maka ejaan yang lebih tepat telah diselaraskan oleh pakar bahasa. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan tarikh sebenar ejaan ini diubah kepada RUKUN NEGARA. Terima kasih.Lain-lain22.08.2020
Asalamualaikum.. Saya ingin mendapatkan kaedah yang paling mudah bagi menerangkan perubahan terkini dalam tulisan jawi. Ini amat penting dalam perkongsian idea terutama guru di daerah saya dan sudah tentulah anak-anak didik di sekolah. Terima Kasih.Soalan saudara terlalu umum, apa yang dapat kami maklumkan sebarang perubahan yang dilaksanakan dalam sistem tulisan Jawi adalah untuk memantapkan lagi sistem ejaan berkenaan. Pembaharuan yang dibuat selaras dengan zamannya bagi menjadikan ejaan Jawi lebih sistematik dan terancang. Kami cadangkan juga saudara rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, Edisi Kedua, terbitan DBP, 2008Penyelidikan05.04.2011
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang)Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.Tatabahasa08.03.2011

Kembali ke atas