Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ran.cang] | ترانچڠ

Definisi : sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKINNER, B.F.

Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi

Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya

terhadap proses pembelajaran dan

kepercayaannya terhadap masyarakat yang

terancang. Skinner merupakan penyokong utama

pengajaran terancang. Dalam program ini, prinsip

pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal

diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia

juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah

laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia

yang dapat dilihat.

UMUM 
PERUMAHAN

Perumahan ialah apa jua bentuk bangunan yang

menyediakan perlindungan kepada manusia. Dalam

erti kata yang lebih umum, perumahan ialah

peruntukan perumahan terancang yang mengambil

kira soal perancangan bandar dan khidmat

masyarakat yang dapat memberikan satu suasana

penghidupan yang baik.

UMUM 
PERMAINAN GULI

Permainan guli ialah permainan kanak-kanak

yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya

dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali

sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan

di atas permukaan yang rata di luar rumah.

Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang

terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi.

Para pemain menyasarkan guli-guli dengan

mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut

gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan

menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke

arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli

objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut

apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas

tanah semasa menyasar.

UMUM 
SANGER, MARGARET

Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin

wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika

Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu

penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di

Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang.

Sanger percaya bahawa orang perempuan

sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan

sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai

persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang

perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang

tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan

yang kemudiannya menjadi Persekutuan

Keibubapaan Terancang Amerika (Planned

Parenthood Federation of America), iaitu organisasi

kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger

mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya

diken ali sebagai keibuan sukarela .

UMUM 

Kembali ke atas