Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ran.cang] | ترانچڠ

Definisi : sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
order/disorder/chaostertib/tidak tertib/huru-haraKesenianSeni BinaBerkaitan dengan struktur susunan dalam seni bina yang boleh dilakukan secara terancang atau tidak terancang tetapi masih dalam satu ketetapan atau undang-undang tertentu.
preludepramulaKomunikasiKorporatPeristiwa atau keadaan yang berlaku sebelum sesuatu perkara yang lebih besar dan utama berlangsung. Pramula boleh wujud dalam keadaan yang terancang atau tidak terancang. Contohnya, pelancaran barangan atau perkhidmatan dalam pengiklanan dan pelancaran sesuatu acara besar dalam komunikasi korporat. Sebelum barangan atau perkhidmatan dilancarkan dalam pasaran, pramula diadakan untuk mewujudkan suasana awal sesuatu kempen atau acara dalam suatu tempoh sebelum pelancaran kempen pengiklanan atau pengurusan acara utama diadakan. Dalam pengiklanan dan komunikasi korporat, pramula merupakan alat yang dirancang untuk mendapatkan kesan akhir yang maksimum.
enacted valuenilai terancangPengurusanPerancanganNilai yang dimiliki oleh seseorang pekerja yang mungkin mempengaruhi tingkah lakunya. Nilai terancang wujud daripada kefahaman dan norma sesuatu perkara yang diterjemahkan dalam bentuk perlakuan seseorang pekerja. Kepentingan nilai ini kepada pengurusan adalah untuk memastikan kefahaman nilai yang baik dan positif dapat ditanam dalam diri setiap pekerja supaya mereka boleh mempamerkan tingkah laku kerja yang diharapkan. Contoh nilai terancang yang boleh dipupuk ialah penekanan kepada kepentingan disiplin, ketepatan masa dan hasil kerja yang berkualiti. Lihat juga nilai pegangan.
set piecegerak terancangSukanTiadaGerak terancang: Gerakan yang dirancang dan dilatih berulang kali.
programmed textteks terancangPendidikanTiadaTeks bercetak yang disediakan daripada set bahan pengajaran terancang.
planned industrial areakawasan industri terancangPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan terancang yang disediakan khas untuk perindustrian.
deliberate hypothermiahipotermia terancangPerubatanTiadaPenurunan suhu badan pesakit yang dilakukan secara teratur. Hipotermia terancang akan mengurangkan kadar metabolisme sel badan dan keadaan ini akan mengurangkan risiko kerosakan organ seperti otak, jantung dan hati semasa pembedahan. Teknik ini juga boleh memberi perlindungan kepada otak pesakit yang mengalami kecederaan kepala.
audience participationpenyertaan khalayakKomunikasiKorporatPenglibatan khalayak dalam sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Penyertaan ini boleh berlaku secara terancang atau tidak dirancang. Penyertaan yang terancang berlaku apabila sesuatu acara yang dilangsungkan menyediakan ruang tertentu untuk khalayak mengambil bahagian. Sementara penyertaan yang tidak dirancang bermaksud sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga menyebabkan khalayak melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan. Dalam kedua-dua bentuk penyertaan, situasi ini menunjukkan keberkesanan sesuatu projek atau acara dalam kalangan khalayak sasaran. Bentuk penyertaan bergantung pada jenis acara yang dianjurkan, seperti penyertaan dalam pertandingan, mengambil bahagian secara terancang atau spontan dalam atur cara yang disusun, atau penglibatan melalui elektronik seperti e-mel atau telefon. Dalam komunikasi korporat, proses ini dilihat sebagai satu proses pemujukan untuk mendekatkan khalayak dengan organisasi. Sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada khalayak, matlamat akhir acara atau kempen dianggap berjaya dan tercapai.
organized resistance movementgerakan tentangan terancangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan penduduk awam yang mewujudkan organisasi penentangannya yang tersendiri dan beroperasi sama ada di dalam atau di luar wilayah mereka. Gerakan ini biasanya muncul di suatu kawasan yang sedang bersengketa. Golongan ini mempunyai ketua yang bertanggungjawab terhadap orang-orang bawahannya, mempunyai tanda pembeza yang khusus, membawa senjata secara terang-terangan serta memahami peraturan dan kebiasaan perang. Contoh gerakan tentangan terancang ialah gerila dan golongan pemberontak.
external communicationkomunikasi luaranKomunikasiKorporatPenyebaran maklumat mengenai organisasi, barangan, atau perkhidmatan untuk kegunaan khalayak di luar organisasi melalui saluran komunikasi. Maklumat yang tersebar boleh dalam keadaan terancang dan terkawal, serta boleh juga sebaliknya. Dalam penyebaran maklumat yang terancang, mesej yang disebarkan biasanya diurus dan dikawal oleh bahagian komunikasi korporat sesebuah organisasi. Komunikasi luaran biasanya bersifat positif dan menguntungkan organisasi. Penyebaran maklumat yang tidak terkawal seperti kenyataan yang tersiar dalam media mengenai sesebuah organisasi yang diperoleh daripada sumber luar, boleh bersifat positif dan negatif. Alat penyebaran yang kerap digunakan adalah seperti siaran media, ucapan, video korporat, brosur, dan risalah.
12345678910...

Kembali ke atas