Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rang.kum] | ترڠکوم

Definisi : termasuk dlm lingkungan se­suatu, tercakup: ~ dlm konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yg didengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rang.kum] | ترڠکوم

Definisi : termasuk dlm lingkungan sesuatu: Perkara itu ~ dlm bab 9. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkum
Kata Terbitan : merangkum, merangkumi, merangkumkan, terangkum, rangkuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah antonim sesuai bagi kata terangkum/rangkum?Antara antonim yang sesuai ialah tidak terangkum, tidak mencakupi, tidak meliputi, tidak melingkungi, tidak mencangkum dan tidak memeluk bergantung pada penggunaannya dalam contoh ayat.Tatabahasa06.02.2019
Apakah terjemahan bagi Inclusive Innovation Programme? Adakah Program Keterangkuman Inovasi atau Program Inovasi Terangkum?Terjemahan yang betul bagi Inclusive Innovation Programme ialah Program Inovasi Terangkum.Penyemakan dan penterjemahan03.12.2014
Apakah terjemahan yang betul bagi Inclusive Innovation Programme? Adakah Program Keterangkuman Inovasi atau Program Inovasi Terangkum?Terjemahan yang betul bagi Inclusive Innovation Programme ialah Program Inovasi Terangkum.Penyemakan dan penterjemahan03.12.2014
Apakah istilah BM yang sesuai untuk 'an inclusive working culture'? Adakah 'budaya kerja yang terangkum' atau 'budaya kerja yang inklusif' boleh digunakan. Terima kasih.Perkataan inclusive boleh diterjemahkan kepada terangkum, termasuk, menyeluruh dan inklusif. Sila kenal pasti perkataan yang paling sesuai dengan konteks penggunaan perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan03.03.2017
"Orang asli" , adakah kata majmuk ini terangkum dalam kata nama am atau kata nama khas?Jawapan yang betul ialah orang Asli. Ejaan bagi kata nama khas ini adalah sama dengan orang Melayu, orang Siam dan orang Cina. Harap maklum.Ejaan06.09.2007
Saya Aeshah ,ingin bertanya Apakah yang di maksudkan hiponim,jenis-jenis dan cohtohnya. Terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, hiponim ialah istilah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contohnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang.Tatabahasa16.08.2016
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut?Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya.Tatabahasa09.10.2007
Adakah perkataan-perkataan hiponim dalam sesuatu hipernim juga boleh dikategorikan sebagai sinonim? Ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai medan makna yang hampir sama. Hanya dibezakan penggunaannya mengikut konteks ayat.Terima kasih.

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang manakala sinonim ialah kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya, misalnya cepat dengan pantas. Menurut huraian makna kedua-dua perkataan hiponim dan sinonim, tidak menunjukkan persamaan makna bagi kedua-duanya.  

Tatabahasa21.03.2010
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011
Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan 6 SMK Seri Serdang. Boleh tak terangkan perbezaan antara Kolokasi dengan Hiponim dan juga perbezaan Homonim dengan Polisemi. Terangkan secara terpeinci bersama contoh.Wa alaikumussalam.

Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (misalnya dalam ayat).  Manakala hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang.

Homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (ketam, paku). Manakala polisemi bermaksud sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan contoh dan penerangan yang terperinci, puan dinasihatkan untuk membuat kajian lapangan dengan mencari buku linguistik di perpustakaan berhampiran.
Tatabahasa20.10.2014
12

Kembali ke atas