Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (térapi) rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan; ~ peker­jaan aktiviti fizikal atau mental yg dilakukan utk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), nerapi, Glycosmis puberula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /térapi/ rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pe­mulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terapi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insight therapyterapi wawasanPsikologiPsikologi UmumTerapi yang melibatkan perhubungan secara lisan yang kompleks antara klien dengan ahli terapi. Terapi ini dapat meningkatkan pemahaman diri secara mendalam tentang masalah klien dan cuba mencari penyelesaiannya. Antara terapi wawasan yang paling popular ialah psikoanalisis, terapi pemusatan klien dan terapi kognitif. Dalam pendekatan psikoanalisis, terapi dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada konflik tak sedar dan motif yang menggunakan teknik seperti perkaitan bebas dan transferens. Terapi pemusatan klien dilakukan dengan memberi sokongan emosi kepada klien sehingga dapat bertindak menentukan kecepatan dan matlamat terapi. Terapi kognitif pula menekankan kepada usaha mengenal pasti dan mengubah pemikiran atau kepercayaan negatif yang dihadapi oleh klien.
medical therapyterapi perubatanPsikologiPsikologi UmumTerapi pesakit yang berkait dengan masalah psikologi menggunakan kaedah perubatan konvensional seperti farmakologi, terapi elektrokonvulsif atau psikosurgeri. Proses terapi ini biasanya dikendalikan oleh pakar psikiatri. Terapi farmakologi menggunakan dadah untuk merawat gangguan emosi yang teruk seperti kebimbangan dan kemurungan. Dadah juga digunakan untuk menenangkan serangan skizofrenia dan kecelaruan rasa hati yang teruk. Contohnya, dadah antipsikotik atau transkuilizer major digunakan untuk menenangkan pesakit, di samping mengurangkan halusinasi dan delusi. Terapi psikosurgeri pula digunakan untuk merawat pesakit yang tidak memberi respons kepada rawatan lain. Contohnya, lobotomi berupaya merungkai rangkaian saraf dalam otak supaya penghantaran maklumat dapat dikawal dan seterusnya dapat menenangkan pesakit berkenaan.
complementary therapiesterapi komplemen/terapi pelengkapKejururawatanTiadaRawatan tambahan yang diberikan kepada klien untuk melengkapkan rawatan yang sedia ada.
group therapyterapi kelompokPsikologiPsikologi UmumTerapi yang diadakan secara berkumpulan melibatkan dua atau lebih klien. Kebanyakan terapi dalam psikologi memilih cara berkelompok kerana kaedah ini mempunyai banyak kelebihan berbanding cara lain. Melalui terapi kelompok, klien boleh melahirkan apa sahaja yang dirasai atau dialami. Tindakan ini akan membolehkan seseorang melihat dirinya secara mendalam. Selain itu, ahli lain dalam kumpulan yang mempunyai masalah sama dapat berkongsi atau menawarkan bantuan atau input yang berguna. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan dalam terapi ini seperti psikodrama, terapi keluarga dan latihan kesedaran berkumpulan.
psychotherapypsikoterapiPsikologiPsikologi UmumSebarang teknik terapi psikologi yang digunakan untuk membawa perubahan positif dalam personaliti, tingkah laku atau penyesuaian diri seseorang individu. Kebanyakan kaedahnya melibatkan interaksi verbal antara ahli terapi kesihatan mental profesional dengan kliennya. Sesetengah ahli terapi menggunakan prinsip pembelajaran untuk mengubah tingkah laku individu yang bermasalah. Antara teknik psikoterapi yang banyak digunakan dalam teknik rawatan ini ialah psikoanalisis, desensitisasi, terapi Gestalt, terapi berpusatkan klien, terapi realiti dan terapi tingkah laku.
empirical therapyterapi empirikFarmasiFarmakologiTerapi yang digunakan apabila rawatan telah dimulakan sebelum diagnosis terhadap pesakit disahkan. Alasan yang biasa diberikan bagi memulakan terapi empirik ialah penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan diagnosis serta mengambil masa yang lama, dan penangguhan sesuatu rawatan boleh membahayakan pesakit. Terapi ini sesuai untuk individu yang sihat dan berumur kurang daripada 45 tahun, sebelum memulakan penilaian diagnostik.
e-therapye-terapiTeknologi Maklumate-KesihatanPerkhidmatan yang merupakan perkembangan terkini dalam pembangunan bidang kesihatan, khususnya kesihatan mental. Ahli terapi atau kaunselor akan memberikan bantuan dan nasihat psikologi secara dalam talian kepada pesakit menggunakan e-mel, telesidang video, realiti maya dan sembang maya. E-terapi juga dikenali sebagai terapi internet atau teleterapi.
family therapyterapi keluargaPsikologiPsikologi UmumTeknik terapi yang melibatkan ahli keluarga seperti suami, isteri dan anak-anak yang bekerjasama sebagai satu kelompok untuk berusaha menyelesaikan masalah ahli keluarga. Terapi ini tidak mengambil masa yang lama dan biasanya difokuskan kepada masalah khusus seperti pergaduhan yang sering dihadapi atau remaja yang mengalami kemurungan. Setiap ahli keluarga perlu bekerjasama, memperbaik komunikasi antara mereka dan sentiasa bersikap terbuka kepada perkara yang boleh membawa kebaikan.
hormone replacement therapyterapi penggantian hormonPerubatanTiadaTerapi yang menggunakan hormon estrogen sintetik sebagai pengganti estrogen yang berkurangan atau hilang dalam badan yang disebabkan oleh menopaus, radioterapi atau ovariektomi. Terapi ini akan mengurangkan gejala kekurangan estrogen dan menghalang osteoporosis. Ia juga perlu diambil secara berterusan.
shock therapyterapi kejutanPsikologiPsikologi UmumTerapi untuk merawat kemurungan yang teruk dengan menggunakan elektrik berkuasa 150 volt ke otak pesakit selama kurang daripada satu saat. Kejutan tersebut akan menimbulkan konvulsi atau kekejangan dan menyebabkan pesakit menjadi tidak sedar diri untuk seketika. Kadangkala, dadah relaksan otot dan sedatif turut diberikan untuk mengurangkan impak daripada terapi ini. Rawatan ini biasanya dilakukan secara bersiri daripada 6 hingga 8 sesi selama tiga hingga empat minggu. Kejutan dikatakan boleh mengubah keseimbangan biokimia dan hormon dalam otak dan badan pesakit sehingga dapat mengurangkan kemurungan atau tingkah laku membunuh diri. Kaedah ini biasanya diikuti dengan rawatan lain kerana menerima banyak kritikan. Kaedah ini biasanya digunakan selepas kaedah lain tidak menampakkan perubahan yang nyata.
12345678910...

Kembali ke atas