Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ras] | ترس

Definisi : (téras) IB teres. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : Id simen yg dibuat drpd serbuk tanah yg keras (sj batu yg terjadi drpd pasir atau tanah, cadas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu. 2 besi dsb yg dililiti wayar (dlm elektromagnet atau dlm transformer) utk menguatkan medan magnetnya. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. berteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. berteraskan mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. menerasi menjadi teras (unsur pen­ting) kpd: Jelas kelihatan bahawa agama dan adat ~ keperibadian mereka. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
core losshilangan terasKejuruteraanPetroleumBahagian daripada teras yang sepatutunya dapat diperolehi dari cerompong teras tetapi tidak wujud dalam serompong tersebut semasa kerja mengeluarkan teras dari serompong teras dilakukan. Panjangnya teras yang dikeluarkan dari serompong teras diukur dengan cermat dan hilangan teras dikesan apabila kepanjangan teras didapati lebih pendek daripada kepanjangan serompong teras.
core arraytatasusun terasKejuruteraanTiadaSusunan grid segi empat tepat bagi teras-teras magnet.
core storagestoran terasKejuruteraanTiada1. Suatu bentuk storan laju tinggi dalam komputer, yang menggunakan teras-teras magnet.,2. Daftar storan mesin kira yang kandungannya akan kekal walaupun setelah mesin itu ditutup.
core ovenketuhar terasKejuruteraanTiadaKetuhar kecil yang dibina di sebelah atas dapur biasa atau relau loyang, dan digunakan untuk mengeringkan teras-teras kecil.
yokeiguFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBahan feromagnet tanpa belitan yang menyumbangkan dua atau lebih teras-teras magnet secara kekal.
iron coreteras besiTeknikElektrikTeras yang dibuat daripada bahan magnet yang biasanya dalam bentuk kepingan-kepingan besi yang dilekapkan bersama. Teras ini digunakan sebagai teras elektromagnet, teras pengubah, angker dan sebagainya.
core boxkotak terasKejuruteraanPetroleumBekas yang biasanya dibuat daripada papan berukuran kira-kira 2m panjang, digunakan sebagai tempat menyimpan teras atau untuk mengangkut teras. Belahan teras akan terpelihara daripada kerosakan semasa diangkut atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
coreterasKejuruteraanPetroleumSampel batuan/formasi yang diambil dari dalam cerompong teras semasa proses penggerudian yang memakai cerompong teras bit-intan sedang berlangsung. Sampel teras yang diambil biasanya berdiameter 10 sm ke 16 sm dengan ukuran panjangnya 10 m. Bagi kaedah penggerudian yang memakai cerompong teras talian dawai, sampel teras yang dapat diambil biasanya berukuran panjang 5 m. Rujuk : teras lazim.
core recoveryperolehan terasKejuruteraanPetroleumKuantiti teras nyata yang sebenarnya dapat diambil dalam cerompong teras dalam satu-satu proses penerasan. Kuantiti ini dinyatakan dalam peratus, iaitu nisbah antara banyaknya teras (diukur dalam (unit panjang) yang diperoleh dengan panjangnya teras yang sepatutnya dapat diambil dalam satu-satu cerompong teras itu. dengan kata lain, nisbah antara panjangnya teras yang diperoleh dengan panjangnya cerompong teras. Jika nisbahnya bernilai 1 (atau 100%), penerasan dikatakan sempurna.
core preservationpengawetan terasKejuruteraanPetroleumUsaha menjaga atau memelihara keadaan teras supaya tidak mengalami kerosakan fizikal seperti menjadi pecah-pecah, menyerpih atau menjadi peroi setelah teras itu dikeluarkan dari cerompong teras. Kaedah pengawetan yang biasa dijalankan termasuklah menyalutkan teras itu dengan bahan plastik yang dileburkan. Apabila bahan plastik itu membeku kembali, ia akan menyalut teras dengan kuat. Cara lain mengawet teras ialah dengan menyimpan teras itu di dalam bejana yang kedap angin atau di dalam kotak aluminium yang dipaterikan.
12345678910...

Kembali ke atas