Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.sa] | تراس

Definisi : dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba: penat membawa barang-barang itu semakin ~; ~ sekarang belanja kita berlebihan drpd biasa; akhirnya ~ senang juga hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.sa] | تراس

Definisi : : rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.sa] | تراس

Definisi : dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Buah kesebak terasa manis,
     Mari dicampur biji selasih;
Bercerai emak tidak menangis,
     Inikan pula bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Minum air terasa duri,
     santap nasi terasa lilin.

Bermaksud :

Sangat bersusah hati.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Hawa dingin masih lagi terasa 2. Hawa dingin masih terasa lagi. yang mana satukah ayat yang betul?Frasa yang betul ialah "Hawa dingin masih lagi terasa". Tatabahasa31.10.2022
frasa mana yang betul? 1) kedinginan air terasa mencubit kulit. 2) kedinginan air terasa kulit dicubit-cubit.Frasa yang betul ialah "Kedinginan air terasa seperti kulit dicubit-cubit." Kata sendi nama "seperti" digunakan untuk menyatakan maksud perbandingan.Tatabahasa07.12.2020
Saya terasa keliru dengan penggunaan perkataan "baru" dengan "baharu" di mana pada Sambutan Tahun Baru Cina Tahun ini saya mendapati iklan di televisyen menggunakan ayat "Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina". Adakah perkataan "baharu" sudahpun menggantikan perkataan "baru"? Terima kasih.Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baharu bukan menggantikan kata baru tetapi ialah variasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Tatabahasa23.03.2008
1. artikel yang kamu cari ada pada muka surat 15. adakah penggunaan kata pada itu sesuai/betul digunakan dalam ayat tersebut? 2. setibanya di rumah, emi terasa/berasa sakit perut. perkataan manakah yang sesuai digunakan, terasa atau berasa?apakah perbezaan terasa dan berasa? 3. ayah emi membawanya ke hospital/ ayahnya membawa emi ke hospital/ ayah emi membawan emi ke hospital. betul atau tidak ketiga-tiga ayat di atas?Dalam prosesIstilah19.07.2010
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara?"Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga.Sastera23.01.2024
Salam memperjuangkan bahasa tuan DBP. Adakah kata "terasa" dapat digunakan sebagai kata kerja aktif? Hal ini saya curigai kerana pada pengetahuan saya, segala kata kerja yang berawalan ter- yang bermaksud "telah dibuat" itu hanya digunakan dalam ayat pasif sahaja, seperti: (1) Ajaran guru itu tersurat oleh saya dalam buku nota (tersurat - kata kerja pasif = telah disuratkan); (2) Kad pengenalan terlampir oleh saya bersama surat permohonan ini (terlampir oleh saya = telah saya lampirkan). Kedua-dua ayat (1) dan (2) ini ayat pasif kerana penyambut perbuatan "ajaran guru itu" dalam ayat (1) dan "kad pengenalan" dalam ayat (2) dipangkalkan dalam ayat. Pada asalnya, ayat berbentuk (1) telah menyuratkan ajaran guru itu dan (2) telah melampirkan kad pengenalan. Jadi, adakah ayat (3) Saya terasa letih sekali betul? Saya bertanya demikian kerana dalam ayat (3), kata "terasa" digunakan sebagai kata kerja aktif. Saya mengatakan bahawa ayat (3) ayat aktif kerana pelaku "saya" didepankan dalam ayat. Untuk pendapat saya yang lanjut, sila tuan rujuk WordPad terlampir oleh saya.DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan (Sila rujuk muka surat 170 -174). Sekiranya puan mempunyai pandangan atau pendapat lain tentang jenis kata kerja berawalan "teR-', sila kemukakan  kepada penulis buku tersebut atau kepada pakar bahasa yang lain.Tatabahasa02.12.2016
adakah ayat ini betul. 1.Dia terasa gembira dan teruja. 2.terselit di akar kayu sebatang pokok yang tinggi. 3.wak Kerjo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. 4.Kejanya di laut,dia sangat kuat. 5.walaupun gagah mana ,takdir tidak boleh dielak. 6. Dia akan memberi makan terlebih dahulu pada anaknya sebelum membiar anaknya bersendiri dengan merantainya.Keenam-enam ayat contoh yang diberikan kurang tepat. Sila pastikan penggunaan tanda baca yang betul dan penggunaan tatabahasanya juga betul. Contohnya: dalam ayat contoh pertama, penggunaan kata berasa lebih sesuai berbanding dengan perkataan terasa, manakala dalam ayat contoh kedua penggunaan kata sendinama pada yang betul, bukannya di. Untk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan.Tatabahasa30.04.2012
1. Apakah penggunaan yang tepat, 'multi-budaya' atau 'multibudaya?' 2. Sebenarnya adakah perbezaan antara merasa, terasa dan berasa? Saya melihat ramai yang menggunakan ketiga-tiga istilah tanpa penggunaan yang tepat.1. Multibudaya.
2. Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Terasa pula, dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba.
Tatabahasa03.06.2014
membelai kulit tidak pernah terasa senikmat inibelaian kulit yang tidak pernah dirasai sebelum iniTatabahasa09.10.2008
Salam sejahtera. Antara dua perkataan berikut, manakah lebih baik untuk digunakan "mitokondrion" atau "mitokondria"? Sebab ia terasa agak pelik untuk mempunyai dua istilah yang hampir sama bagi merujuk kepada satu perkara (tidak seperti bahasa Inggeris yang sememangnya mempunyai istilah untuk tunggal dan jamak)Soalan saudara telah diajukan kepada bahagian peristilahan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan diberi melalui e-mel.  Terima kasih.Istilah14.05.2014
123

Kembali ke atas