Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.sing]/[ter.a.sing] | تراسيڠ

Definisi : terpisah, tersisih, terpencil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.sing]/[ter.a.sing] | تراسيڠ

Definisi : terpisah dr yg lain; terpencil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terasing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian.

Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang me­nyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. 

Makna26.12.2017
MAKSUD SEPERATEDPadanan bahasa Melayu bagi kata separated ialah adj living apart, berpisah, terasing: the couple are now ~, kini pasangan itu telah berpisah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan.Makna16.10.2010
apakah maksud head on,dan isolateHead on bermaksud depan sama depan. Isolate bermaksud mengasingkan atau terasing bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.Makna24.07.2008
assalam, boleh terangkan perbezaan di antara diftong dengan vokal berganding? Adakah (ATAU) termasuk dalam diftong, tq
Manakala vokal bergabung pula ialah dua huruf vokal yang berdiri secara terasing dan bukan satu bunyi tunggal. Vokal berganding yang dimaksudkan ialah ai, au, oi, ia, io, ea, eo, eu, ua dan ui. contoh perkataan ; puisi, gear, siuman, biak, maut.

Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Atau merupakan diftong.

Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.
Tatabahasa01.02.2013
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang tepat bagi 1. OUTLIERS, dan 2. FORECASTING PERFORMANCE OF CASCADE FORWARD BACK PROPAGATION NEURAL NETWORK FOR DATA WITH OUTLIERS? Terima kasih.

1.  Padanan istilah untuk outlier mengikut bidang ialah unsur luaran; batuan terasing (Geografi), letakan luar; batuan terasing (Geologi), dan pesisih (Kependudukan),

2.  Mohon tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak.

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.03.2017
Apakah maksud "Table mountain"? Adakah ia "gunung meja" atau "gunung datar"? Sebab ia mempunyai maksud yang sama dengan "mesa" dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mesa. Bagaimana pula dengan "Table (landform)"?Mesa ialah istilah Sepanyol bagi bukit meja atau bukit datar terasing yang dikelilingi oleh cenuram. Mesa ialah bukit atau gunung yang terpencil kedudukannya dan mempunyai puncak rata dengan lereng yang curam seperti meja.  Mesa terdapat di kawasan beriklim kering.

Dalam data kami, Landform bermaksud bentuk bumi.

Penyemakan dan penterjemahan29.05.2014
Salam sejahtera. Bagaimanakan kita hendak membezakan penggunaan "berseorangan" & "keseorangan"? Bolehkah pihak tuan/puan memberikan contoh ayat yang mudah difahami? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berseorangan bermaksud berseorang, dengan cara se­orang-seorang; dan seorang diri. Keseorangan pula bermaksud terasing seorang diri, tinggal se­orang diri, kesunyian.

Contoh ayat: 
 
Soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi berseorangan.

Sejak isterinya meninggal dia selalu berasa keseorangan.

 

Makna14.02.2020
Perkataan 'pau' Dan 'bau' merupakan vokal berganding atau diftong?Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Dalam data rujukan kami, au dalam bau (merujuk tempat di Sarawak) dan pau (merujuk kuih) ialah diftong, manakala bau (merujuk hidu) merupakan  gabungan vokal/vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing apabila dipecahkan mengikut suku kata.Tatabahasa31.03.2016
Salam sejahtera. Di sini saya inginkan mendapatkan kepastian adakah 'bau', 'kau' dan 'wau' termasuk dalam suku kata gabungan diftong au? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah spt ai, au, dan oi. Maka, kau dan wau ialah diftong. Manakala, bau pula ialah vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.Tatabahasa26.03.2014
Tuan/Puan, Salam sejahtera. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP, perkataan "ais" (a.is) dan "aib" (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). Tetapi, saya telah merujuk kepada Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga, muka surat 301), dan dinyatakan di situ bahawa "air" mengandungi diftong "ai", manakala "perkataan "aur" pula mengandungi diftong "au". Jadi, adakah terdapat ketidakselarasan dalam penjelasan Tatabahasa Dewan pada muka surat 62 dan 301? Terima kasih.Kami mengambil maklum berkenaan ketidakselarasan yang dinyatakan. Untuk makluman puan, kami telah merujuk Munsyi Dewan berhubung kekeliruan yang timbul berhubung dengan diftong.  Menurut Munsyi Dewan, a.ir, a.ib, a.ja.ib, a.ur, ga.un, sa.uh, ko.ir, he.ro.in merupakan vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.

Untuk makluman puan juga, DBP sedang memperkemas dan menambah baik buku Tatabahasa Dewan untuk terbitan baharu. Ketidakselarasan ini diambil maklum oleh Munsyi Dewan dalam terbitan buku Tatabahasa Dewan selanjutnya. Kami menghargai pertanyaan puan untuk kebaikan bersama dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Tatabahasa28.01.2014

Kembali ke atas