Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (rizom dan bunganya), bunga padam, bunga telepok, padema, seroja, Nelumbium nelumbo; ~ kecil sj tumbuhan (rizom dan bunganya), kelipuk, seroja biru, telepok, tunjung biru, Nymphaea stellata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : burung ~ besar sj burung, Hydro-phasianus chirurgus; burung ~ kecil sj burung, Metopidius indicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg hidup dlm air, atau bunganya, Nelumbium nelumbo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teratai

Puisi
 

Nasi sejuk makanan semut,
     Bunga teratai di dalam paya;
Adik sejuk tarik selimut,
     Sarung bantal bawah kepala.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERATAI

Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis

tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan

tempat adalah telipuk Mesir.

Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai

Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya.

Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros

yang lebarnya mungkin 30 sentimeter.

Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2

meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul

hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya

kembang di atas permukaan air.

Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir,

India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan

India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis

Mesir purba.

UMUM 
RE

Re, juga dieja Ra, ialah dewa matahari dalam

mitologi Mesir. Re ialah dewa yang popular dan

sering dikumpulkan bersama dewa Mesir yang

lain. Oleh itu, dia sering kali digambarkan dalam

pelbagai bentuk. Dewa matahari sering

digambarkan sebagai sebuah cakera matahari

yang ringkas. Dia juga muncul sebagai seorang

kanak-kanak yang keluar dari sekuntum bunga

teratai, dan sebagai seekor burung, singa, dan

kucing.

UMUM 

Kembali ke atas