Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.ta/] | تراتق

Definisi : 1. sj rumah kecil di sawah dll (utk tempat tinggal sementara), dangau, gubuk: di situ mereka membuat ~ utk tempat kediam­annya; 2. rumah (utk merendahkan diri): tuanku, di ~ patik inilah tuan puteri ketujuh-tujuh beradik itu bermain; 3. Jw atap tepas yg diberi bertiang (utk tempat berteduh); 4. dusun kecil (didiami oleh beberapa keluarga sahaja); meneratak ark mendirikan teratak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.ta/] | تراتق

Definisi : 1 rumah kecil atau pondok di sawah dll (utk tempat tinggal semen­tara). 2 rumah (biasanya utk merendah diri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teratak
Rujuk :diam, kediaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Seman tinggal bersama isterinya di teratak using di Kampung Hulu. A bersama-sama dengan isterinya di rumah usang B dengan isterinya di teratak lama C bersama isteri di teratak usang D bersama isterinya di teratak usang (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TK)Jawapan yang adalah bersama-sama isterinya di teratak usang.Tatabahasa06.03.2013
Pak Seman tinggal bersama isterinya di teratak usang di Kampung Hulu. A bersama-sama dengan isterinya di rumah usang B dengan isterinya di teratak lama C bersama isteri di teratak usang D bersama isterinya di teratak usang munsyi, apakah jawaban lebih sesuai? adakah bersama dan bersama-sama bermaksud sama? TQPak Seman tinggal bersama-sama isterinya di teratak usang di Kampung Hulu.Tatabahasa15.02.2012
"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tqIni ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul.Tatabahasa20.09.2011
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
Tatabahasa20.01.2015

Kembali ke atas