Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.bas] | تربابس

Definisi : 1. tidak sengaja menyimpang drpd jalan atau matlamat yg dituju (kerana tidak dapat mengawal kereta, perahu, dsb yg dipandu): perahu itu ~ terlalu jauh ke barat; keretanya ~ ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik; 2. salah arah, menyimpang drpd atau tidak mengenai matlamat: jangan lupa tikamanmu itu biarlah membunuh jangan ~; 3. ki menyimpang drpd kebiasaan (tujuan asal dsb): dia perlu dibimbing supaya tidak ~ ke lembah kejahatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.bas] | تربابس

Definisi : menyimpang dr arah yg dituju; terlencong: Keretanya telah ~ ke atas rumput kerana jalan terlalu licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbabas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta pandangan tentang ayat ini: Lori itu terbabas maka terjunam ke dalam gaung. Adakah penggunaan maka dalam ayat ini betul?Kata hubung gabungan yang tepat untuk ayat ini ialah “lalu” , iaitu “Lori itu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung”.Tatabahasa13.03.2014
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh1. Lori itu dipandu oleh Ali.
2. Lori itu telah terbabas.

Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas....

Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang".
Tatabahasa17.07.2013
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1. Semua rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia? Oleh sebab rakyat ialah jamak, adakah rakyat Malaysia lebih tepat? 2. Baju-baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. Adakah ayat ini betul? 3. Bas yang dinaiki Manad itu ______ ke dalam gaung. Adakah terjunam/ tersungkur/ terbabas susuai untuk tempat kosong ini? Terima kasih.
1. Rakyat Malaysia...
2. Baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka.
3. Jawapan yang tepat ialah terjunam.
Tatabahasa21.07.2021
Contoh ayat: 1. Saya memotong kereta. Contoh ayat dalam 1 di atas, mungkin membawa maksud memotong kereta kepada beberapa bahagian di bengkel atau memotong kereta di jalan raya.Oleh itu bagaimanakah cara membina ayat yang menjurus kepada memotong beberapa bahagian kereta dan memotong kereta di jalan raya supaya jelas perbezaan.Adakah contoh ayat 1 di atas boleh membawa kedua-dua maksud tersebut. Terima kasih. Jawapan boleh dimasukkan ke dalam e-mel saya dalam kadar yang boleh diuruskan oleh tuan.Makna setiap perkataan (yang mempunyai beberapa makna) boleh dibezakan mengikut konteks ayat yang digunakan. Jika ayat "Saya memotong kereta" lazimnya dikaitkan dengan makna yang pertama, iaitu mengerat atau membahagi-bahagikan kereta kepada beberapa bahagian. Namun jika ayat "Bas itu memotong beberapa buah kereta sebelum terbabas ke laluan bertentangan", sudah pasti memotong di sini membawa maksud memintas, bukan mengerat.Tatabahasa03.07.2011

Kembali ke atas