Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.bit] | تربابيت

Definisi : terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dgn Jerman, negara-negara lain pun ~ sama; ~ dlm persengketaan orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.bit] | تربابيت

Definisi : termasuk atau terlibat dlm sesuatu perkara: Dia tidak mahu ~ dlm pakatan jahat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbabit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014
golongan terbabit/terlibatterbabit=terlibat samaTatabahasa11.11.2008
Assalamualaikum, Saya ingin tahu samada penggunaan perkataan "terbabit" dalam contoh ayat berikut adalah betul dan tepat penggunaannya: "Pihak PIBG sekolah akan membantu mempromosikan aktiviti terbabit". Sejak kebelakangan ini, saya mendapati perkataan "terbabit" sering digunakan oleh pembaca berita televisyen dan radio. Adakalanya saya merasakan penggunaannya itu tidak sesuai dengan konteks sesuatu ayat, contohnya "terbabit" digunakan di akhir ayat untuk menggantikan perkataan "tersebut", seperti contoh ayat di atas. Saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan terbabit bermaksud terlibat dalam sesuatu perkara.Perkataan terlibat bermaksud terbabit. Oleh itu, penggunaan perkataan dalam ayat tersebut betul.   Makna16.05.2008
Saya ingin bertanya penggunaan koma bertindih yang betul. Contoh ayat: Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28; Ali Mahmud, 30; Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50. Atau Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28, Ali Mahmud, 30, Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50.
Kami mencadangkan agar ditulis seperti Mereka yang terlibat ialah Ahmad Adam (28), Ali Mahmud (30),  Razali Ahmad (34) dan Hakim Zulkifli (50). 
Tatabahasa25.01.2021
Ibu bapa perlu (membatas) pergaulan anak-anak bagi (menghindarkan) mereka daripada (terbabit) dalam gejala yang kurang sihat. Adakah ayat di atas betul ? terima kasih!Ibu bapa perlu membataskan pergaulan anak-anak bagi menghindari mereka daripada terbabit dalam gejala yang kurang sihat.
Lain-lain12.10.2009
Apakah maksud “menghidu kelompangan” dalam ayat ini? “Pihak berkuasa percaya bahawa terbabit dapat menghidu kelompangan tertentu dalam sistem penguatkuasaan di negara ini.” Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,kelompangan bermaksud keadaan kosong, kekosongan. Tetapi apakah maksud “menghidu kelompangan”, bolehkah Tuan/Puan menjelaskan. Terima kasih.Frasa “menghidu kelompangan” dalam ayat di atas bermaksud mengesan sesuatu kekurangan. Maksud frasa perlu dipadankan mengikut kesesuaian ayat dan konteks, bukannya mengikut perkataan demi perkataan.  Tatabahasa22.01.2024
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. 75% dari jumlah individu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis-premis di bandar Alor Gajar dihempas tiang elektrik sewaktu ribut melanda.1. 74% daripada jumlah individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal.
2. Banyak premis di bandar Alor Gajah dihempap tiang elektrik sewaktu dilanda ribut.
Tatabahasa28.02.2013
Kajian menunjukkan bahawa lebih kerap ahli keluarga makan bersama-sama, maka lebih rendahlah kemungkinan anak-anak terbabit dalam gejala sosial. Adakah istilah kerap dalam ayat ini boleh digantikan dengan selalu? kalau tidak, mengapa? terima kasih!Dalam konteks ayat tersebut, perkataan kerap lebih sesuai untuk digunakan.
Merujuk kepada Kamus Dewan, "kerap" ditakrifkan sebagai: acap kali, berkali-kali, selalu, sering. Manakala "Selalu" ditakrifkan sebagai: sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu" juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. Oleh itu, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks.
Lain-lain28.09.2020
Salam..boleh tak saya nak dapatkan senarai 80 kata kerja tunggal?.saya baca respon di PRM,namun tidak mendapat jawapan..hanya meminta individu terbabit rujuk di tatabahasa dewan,sedangkan di dalam buku tersebut pd muka surat 145,hanya menyenaraikan 12 kata kerja tunggal sahaja.atas sebab itu,saya ingin meminta senarai penuh 80 kata kerja tunggal tersebut.terima kasihBerdasarkan penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan tersebut, saudara boleh memilih sendiri kata kerja tunggal dengan merujuk entri yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat atau Kamus Dewan Perdana. Tatabahasa01.03.2023
Tuan/Puan,saya mahu bertanyakan soalan tentang definis perkataan-perkataan.Apakah maksud jalan-jalan tikus?Terima kasih. Taktik itu dikesan di mana kapal besar dari negara terbabit akan berada di perairan antarabangsa sebelum kapal kecil atau bot nelayan tempatan ini akan ambil seterusnya masuk melalui [jalan-jalan tikus].Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalan tikus bermaksud jalan yang kecil (jalan yang terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan).Makna29.06.2021
123

Kembali ke atas