Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.ca] | ترباچ

Definisi : membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.ca] | ترباچ

Definisi : 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbaca


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Buku yang tebal itu terbaca oleh saya dalam masa satu hari. Pilihan jawapan: a)dibacakan oleh saya b) dibaca oleh saya c) saya terbaca d) terbaca oleh saya Apakah frasa ....terbaca oleh saya.... dalam ayat tersebut betul. Apakah penjelasannya dari segi hukum.

Terbaca oleh saya - salah, ter... + oleh mesti diikuti dengan kata ganti nama diri ketiga seperti terbaca oleh dia.

Tatabahasa04.02.2009
Terbaca tajuk berita "6 termasuk 5 sekeluarga maut dalam nahas 3 kenderaan". Frasa "enam termasuk lima" memang wujud dalam tatabahasa Bahasa Melayu?

Frasa “enam termasuk lima” merupakan contoh frasa dalam Tatabahasa Melayu yang dapat dirujuk sebagai frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat dan berfungsi sebagai predikat dalam pola FN+FN (Frasa Nama+Frasa Nama).

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 359-362.

Tatabahasa02.09.2023
Saya terbaca satu artikel mengenai Hukum Kanun Melaka yang menyatakan bahawa lima istilah-istilah yang hanya boleh disebut oleh Sultan. Iaitu "beta", "murkah", "anugerah"... Di antaranya satu istilah dengan sebutan "berparik". Saya tidak dapat mencari perkataan ini dari kamus ataupun internet. Maka itu, harap pihak tuan dapat membantu saya untuk mendapatkan maksud perkataan ini. Sekian, terima kasih!Kami juga tidak menemukan sebarang maklumat tentang perkataan "berparik", baik dalam sumber rujukan kami, mahupun melalui carian di Internet.Lain-lain07.12.2015
pernah terbaca tentang perkataan " pagar " dalam " harapkan pagar ,pagar makan padi...perkataan 'pagar ' itu sebenar 'pegar' iaitu sejenis burung hal terjadi kerana kesilapan ejaan jawi yang diadaptasi ke ejaan rumi. betulkah kenyataan itu ,pohon pencerahan prof ..wasalamKamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Lain-lain16.06.2015
Saya terbaca peraturan: “Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama sapaan dalam surat rasmi walaupun tidak diikuti nama orang. Contohnya: Yang Berhormat, Yang Arif, Tuan dan Puan.” Saya menambah ayat contoh: Sukacita dimaklumkan bahawa surat Tuan yang bertarikh 7 Mei 2012 sudah mendapat perhatian kami. (T dalam Tuan huruf besar.) Soalan: 1. Adakan peraturan ini sudah tercatat dalam mana-mana buku karangan tokoh bahasa Melayu, khususnya terbitan DBP? 2. Apakah pendirian KNDBP tentang peraturan ini? Terima kasih.Yang berhormat dan Yang Arif ialah sapaan khusus dan ditulis dengan huruf besar. Kamus Dewan telah menyenaraikan beberapa sapaan khusus untuk orang yang bergelar dan kesemua sapaan tersebut ditulis dengan hururf besar. Hal ini berbeza untuk sapaan tuan/puan, apabila ditulis dalam ayat huruf kecil yang digunakan. Dalam hal ini kami merujuk Kamus Dewan dan penulisan sapaan seperti yang tersebut telah lama diamalkan.Tatabahasa09.05.2012
Saya terbaca di dalam buku teks Bahasa Melayu "Mekar" terbitan Kementerian Pendidikan Singapura mengenai ayat yang bertulis "Buku itu saya baca" Ada ibu bapa yang mengatakan ayat itu songsang.Sepatutnya, "Saya baca buku itu." Harap pihak tuan dapat jelaskan tentang kedudukan ayat tersebut. Sekian. Terima kasihDalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ayat Buku itu saya baca menjadi contoh ayat pasif yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif Saya baca buku itu, sila rujuk halaman 484.Tatabahasa03.02.2010
Saya terbaca sajak Sebuah Malam. Penjodoh bilangan sebuah untuk malam dibenarkan dalam sajak?

Penggunaan "sebuah malam" dibenarkan bagi sajak sebagai kebebasan penyair (poetic licence).

Lain-lain04.11.2009
Saya terbaca frasa “lain-lain NGO” dalam satu akhbar dalam talian. Frasa ini menyalahi hukum D-M. Saya tahu “lain-lain hal” silap dan yang betul ialah “hal-hal lain”. Jikalau “lain-lain NGO” ditukar menjadi “NGO-NGO lain” janggal pula bunyinya. Jikalau ditukar menjadi “NGO lain-lain” mungkin silap. Mohon bantu saya membuat keputusan yang tepat.Untuk makluman tuan, frasa yang tepat dan mengikut hukum D-M ialah NGO yang lain (Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain).Makna05.03.2009
Saya terbaca satu soalan dalam buku latihan sekolah rendah, dan saya agak keliru dengan jawapan pilihannya. Doktor Arina mempunyai pengalaman yang_____________dalam bidang perubatan. A.mendalam B.luas C.mahir D.besar Saya keliru dengan jawapan A dan B dan ingin mendapatkan bantuan. Terima kasih!!!Jawapan yang tepat ialah pengalaman yang luas.Tatabahasa19.03.2008
Saya ada terbaca tentang "latihan sukarekawan sukan sea 2017 Kohort 10" Perkataan "KOHORT" itu adakah istilah bhs inggeris atau dalam BM? Apakah yang dimaksudkan dgn kohort? Terima kasihMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan istilah sumber bagi perkataan kohort dalam bahasa Inggeris ialah Cohort. maksud kohort dalam bidang gerontologi ialah kumpulan individu yang dilahirkan pada tempoh yang sama, tetapi tidak semestinya pada tahun yang sama manakala dalam bidang sosiologi ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan.Makna13.03.2017
12345678

Kembali ke atas