Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.ha.gi] | تربهاݢي

Definisi : dibahagi, dibahagikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.ha.gi] | تربهاݢي

Definisi : sudah dibahagikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbahagi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah kelainan antara "terbahagi" dengan "dibahagikan"? Contoh: 1. Sistem pemerintahan negara itu terbahagi kepada dua bentuk: pemerintahan pusat dan pemerintahan negeri. 2. Sistem pemerintahan negara itu dibahagikan kepada dua bentuk: pemerintahan pusat dan pemerintahan negeri. Ayat (1) menggunakan kata "terbahagi", manakala ayat (2) memakai kata "dibahagikan". Apakah beza?Lihat entri dalam Kamus, terbahagi sama maksudnya dengan dibahagikan. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut kedua-dua kata boleh digunakan.Tatabahasa14.03.2015
Tentukan kata berikut kata nama khas tunggal atau kata nama khas majmuk. 1) Ali Bin Abu 2) Tan Sri Ali Bin AbuUntuk makluman, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup).Tatabahasa04.04.2018
Saya sedang belajar tentang Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan adalah rujukan utama saya.Setelah mengkaji,saya dapati terdapat kekeliruan tentang golongan kata kerja.Di muka surat 88 , kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif tetapi di muka surat 143,golongan kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja pasif dan kata kerja aktif. Apakah golongan kata kerja yang betul?Harap dapat membantu dan memperbetul kekeliruan saya dan rakan-rakan.Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja dibahagikan pula kepada dua, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Seperti rajah yang dilukiskan pada halaman 88, kata kerja transitif dibahagikan kepada kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Berdasarkan huraian yang tersebut kedua-dua keterangan dalam buku Tatabahasa Dewan adalah betul. Pada peringkat awal penggolongan kata dibahagikan kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata kerja dibahagiakn pula kepada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Penggolongan seterusnya dari kata kerja transitif dibahagikan kepada aktif dan pasif.Tatabahasa11.08.2013
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
apakah makna slogan dan slogan terbahagi kepada berapa jenis? siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"/ perlukan jawapan segera..terima kasih.Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. Makna30.01.2011
Ayat : Pasaran orkid tempatan atau dunia terbahagi __________ tiga kategori, iaitu orkid yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual dengan pokoknya sekali. A pada B dengan C kepada D daripada Soalan : yang mana jawapan yang sesuai & berikan alasan.Jawapannya D. kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya.Tatabahasa16.06.2016
Menurut (Goffee and Jones 1998), budaya organisasi terbahagi kepada dua dimensi iaitu 'sociability dan solidarity'. Daripada dua dimensi tersebut, lahir empat jenis budaya organisasi iaitu: 1. Communal Culture 2. Fragmented Culture 3. Networked Culture 4. Mercenery Culture Adakah istilah dalam bahasa melayu yang boleh digunakan untuk mentafsirkan dua dimensi budaya dan empat jenis budaya tersebut? Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk sociability ialah kebolehsosialan atau keramahan. Istilah untuk solidarity ialah perpaduan atau setiakawan. Tidak terdapat istilah khusus untuk empat jenis budaya yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut:

1. communal  - komunal/perkauman
2. fragmented - berpecah
3. networked - berangkaian
4. mercenary - mata duitan
Istilah08.01.2013
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi kepada dua iaitu berbilang dan tak berbilang. Bagaimanakah kita membezakan antara konsep berbilang dan tak berbilang. Berikan contoh. Mengapakah "senyuman" dikategorikan dalam kumpulan "berbilang" padahal senyuman tidak dapat dibilang ?

Encik Rahim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Encik Rahim setahu saya juga mengikut buku-buku tatabahasa senyuman diletakkan sebagai kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang. Pertanyaan saya daripada manakah Encik Rahim mendapat penjelasan yang mengatakan senyuma itu diletakkan  sebagai boleh dibilang. Terima kasih.

Tatabahasa10.04.2009
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional?

Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. 

Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang.

Sekian dan salam. 

Lain-lain09.07.2009
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa21.12.2012
12345678

Kembali ke atas