Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbaik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk ayat berikut: Peserta Kursus Akademik Terbaik atau Peserta Kursus Terbaik Akademik.

Encik Muhamad,

Ayat yang paling sesuai ialah Peserta terbaik Akademik jika kita ingin mencari peserta terbaik daripada kesemua peserta

atau Peserta terbaik dari segi Akademik,

Tatabahasa06.12.2010
Majlis Penghargaan Pengguna Terbaik Bulanan Perpustakaan KBS @ Pengguna Bulanan terbaikPengguna Terbaik BulananTatabahasa14.01.2011
karangan contoh terbaik ngan contoh karangan terbaik? yang mana satu betul? sebab rumah contoh kan bukan contoh rumah, betul? jadi sepatutnya gunakan karangan contoh ?tapi dah biasa gunakan contoh karangan... jadi?

Frasa "rumah contoh" adalah betul mengikut hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) sama seperti rumah agam dan rumah baharu. "Contoh karangan terbaik" pula membentuk ayat yang lengkap, "contoh karangan" - frasa nama dan "terbaik" - adjektif. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengatakan karangan contoh terbaik kerana pola ayat itu tetap betul.

Tatabahasa11.07.2011
Tuan, adakah ayat ini betul. Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Terima Kasih.Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Ayat ini betul dan lazimnya digunakan dalam laras iklan.Tatabahasa18.10.2011
terbaikSalam sejahtera,

Tuan,

Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.07.2019
Tuan, Apakah terjemahan yang betul bagi "Brings out the best out of him". Contoh ayat. "The best food for him, brings out the best out of him". Adakah ini betul, "Makananan yang terbaik untuknya, menyerlahkan yang terbaik daripadanya"? Terima Kasih.Terjemahan yang diberikan adalah betul. Cadangan yang lain ialah 'Makanan yang terbaik menyerlahkan yang terbaik daripada seseorang'.Lain-lain18.10.2011
Tuan. Adakah ayat ini betul? "Susu Dutch Lady. Yang terbaik untuknya, yang terbaik daripadanya". Nya itu adalah merujuk pada kanak-kanak. Adakah ayat ini betul?Dalam laras iklan, ayat tersebut boleh diterima. Walau bagaimanpun ayat tersebut mestilah berkaitan dengan visual yang dipaparkan.Tatabahasa21.10.2011
Salam tuan, Yang manakah 'contoh' ayat yang lebih tepat untuk paparan: i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2020 ii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2020 iii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Tahun 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman iv. i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Sekian, terima kasihSalam sejahtera,

ayat yang betul ialah ayat pertama dan kedua.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2020
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui cara menulis esei yang terbaik . Apakah kandungan atau isi yang diperlukan bagi menghasilkan esei ilmiah yang terbaik? Saya harap pihak tuan dapat memberikan kepada saya satu contoh penulisan esei ilmiah yang terbaik kepada saya sebagai panduan secara secepat mungkin. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai dan pemerengganan yang baik. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja), karya Sulaiman Masri dan terbitan Karisma Publications, 2004 .Lain-lain06.04.2013
Saya ingin tanya pasal perkataan baik dan terbaik dalam kontext ini. Ohh, kamu pun tahu ini baik untuk saya. Yang mana boleh diguna baik atau terbaik? Thank youKedua-dua perkataan, iaitu baik dan terbaik adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa25.01.2017
12345678910...

Kembali ke atas