Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar

Puisi
 

Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
9%. Nisbah karbon-hidrogennya bersamaan atau melebihi 24. Arang batu ini ialah bahan api (jenis pepejal) ber - mutu tinggi yang mempunyai nilai kalori sekitar 32.5 MJoule/kg. Arang batu terbakar dengan mengeluarkan nyala yang tidak bersinar tetapi membebaskan haba yang tinggi. (KEJ) anthracnose (antraknos) Gejala atau nama penyakit yang dicirikan dengan tonjolan pada permukaan perumah yang terjangkit akibat terbentuknya aservulus 15) jadual berkala, simbol Sb, nom- bor atom 15, berat atom 121.75, nombor pengoksidaan +3, +4, dan +5, takat lebur 630.5ºC, takat didih 1635ºC, berbentuk pepejal putih, mudah terbakar dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu Sb-121 dan Sb-123. Sumber semula jadi antimoni ialah bijih stibnit, kermasit dan tetrahedrit. Unsur ini digunakan dalam pembuatan aloi dan semikonduktor

Kembali ke atas