Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar

Puisi
 
Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.

Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
etanolcecair tidak berwarna dan mudah terbakar yg dihasilkan drp petroleum atau penapaian karbohidrat dan digunakan sbg pelarut. Formula: C₂H₅OHKamus Dewan Perdana
etercecair yg boleh meruap dan amat mudah terbakar, mempunyai bau manis spt buah, digunakan sbg pelarut dan sbg ubat bius. Formula: C₂H₅OC₂H₅Kamus Dewan Perdana
etenagas dlm kumpulan alkena yg mudah terbakar dan tidak berwarna, diperoleh drp petroleum dan gas asli, dan digunakan dlm pembuatan politena serta sbg bahan utk meranumkan buah-buahan. Kata teknikalnya ialah etilena. Formula: C₂H₄Kamus Dewan Perdana
etilenagas dlm kumpulan alkena yg mudah terbakar dan tidak berwarna, diperoleh drp petroleum dan gas asli, dan digunakan dlm pembuatan politena serta sbg bahan utk meranumkan buah-buahan. Etilena ialah kata teknikal bagi etena. Formula: C₂H₄Kamus Dewan Perdana

etanalcecair tidak berwarna dlm kumpulan aldehid yg mudah terbakar dan digunakan utk membuat asid asetik, minyak wangi dan ubat-ubatan. Etanal ialah kata teknikal bagi asetaldehid. Formula: C₂H₄OKamus Dewan Perdana
etil asetatcecair dlm kumpulan ester yg berbau manis spt buah, tidak berwarna, mudah meruap dan mudah terbakar, diperoleh drp pengesteran asid asetik dgn etanol, digunakan dlm minyak wangi dan bahan perasa, serta sbg pelarut. Formula: CH₃COOC₂H₅Kamus Dewan Perdana
etanagas dlm kumpulan alkana yg tidak mempunyai warna atau bau dan mudah terbakar, yg diperoleh drp gas asli dan petroleum, digunakan sbg bahan api dan utk membuat bahan kimia organik. Formula: C₂H₆Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas