Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar

Puisi
 

Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
macol kenarah[mA.tSol k«.nA.ÄAh] kuat tidur.Sememangnye die tu macol kenarah, sampai dapo tebaka pon tak seda.[s«.me.mAN.ø« di.j« tu mA.tSol k«.nA.ÄAh sAm.pAj dA.po ]Sememangnya dia itu kuat tidur hinggakan dapur rumahnya terbakar pun tidak sedar.
gonjah[gon.dZAh]kata adjektifbimbang dan takut.Nampak asap kat sane tu, gonjah pulak kalau-kalau rumah kawan tebaka.[nAm.pA/ A.sAp kAt sA.n« tu gon.dZAh pu.lA/ kA.lAw.kA.lAw ]Nampaknya ada asap di sana itu, bimbang pula kalau-kalau rumah saya yang terbakar.

Kembali ke atas