Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar

Puisi
 

Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exhaust gasgas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinGas terbakar dan tidak terbakar yang tinggal selepas proses pembakaran dalam silinder enjin. Kandungan gas ini merangkumi pancaran ekzos yang berbahaya dan gas yang tidak berbahaya seperti oksigen berlebihan dan wap air. Komposisi sebenar gas ini bergantung kepada jenis bahan api, nisbah udara dan bahan api, suhu dan keadaan kebuk pembakaran, serta parameter operasi enjin seperti pemasaan injap dan pencucuhan. Lihat juga pancaran ekzos.
burnbakar;luka terbakarPerubatanTiadaLuka terbakar: Luka yang disebabkan oleh haba atau agen kimia atau fizikal yang mempunyai kesan seperti haba.
flammable gasgas mudah terbakarKimiaTiadaGas yang mudah terbakar di dalam udara.
inflammablemudah terbakar; teradangkanPerubatanTiadaBerkaitan dengan sifat sesuatu bahan yang mudah terbakar.
ashabuMeteorologiMeteorologi PerhubunganBahan pepejal tak terbakar yang dibebaskan apabila sesuatu bahan terbakar. Sebahagian kecilnya terlepas ke atmosfera dan mencemarkan udara. Jumlah dan purata saiz abu yang masuk kedalam atmosfera bergantung pada halaju aliran gas yang keluar daripada cerombong. Zarah abu berukuran 0.2 cm dan kurang. Abu tersebut akan termendak berhampiran sumbernya, kecuali zarah yang sangat kecil.
flamed silicasilika terbakarKejuruteraanKejuruteraan KimiaSerbuk silika yang bersaiz 40 � 60 nm, berketulenan tinggi, dan tak berongga, yang dihasilkan daripada proses hidrolisis silika klorida. Sifat ini menyebabkan silika terbakar kerap digunakan dalam perumusan penyediaan mangkin.
fuchsinfuksinKimiaForensikCampuran pararosanilina hidroklorida dan rosanilina hidroklorida. Bahan ini larut dalam air dan mudah terbakar. Fuksin digunakan dalam pewarnaan bakteria dalam pencerapan mikroskopik. Fuksin juga merupakan germisid yang kuat dan digunakan dalam rawatan ulser varikos, luka terbakar, karbunkel dan impetigo. Bahan ini toksik secara pengingesan atau sentuhan kulit, dan mungkin menyebabkan luka terbakar pada mata dan kulit.
Chapman-Jouguet conditionkeadaan Chapman-JouguetKejuruteraanKejuruteraan KimiaPostulat yang menyatakan bahawa keadaan entropi gas terbakar akibat gelombang ledakan atau kejutan adalah minimum. Dengan ini, gas terbakar di belakang gelombang tersebut bergerak pada halaju akustik relatif kepada gelombang ledakan atau kejutuan yang merambat di hadapan.
incinerationpenunuanBiologiEkologiPembakaran bahan buangan, sama ada pepejal, cecair atau bahan-bahan bergas yang boleh terbakar dan ditukarkan kepada gas. Sisa yang terhasil tidak mengandungi atau mengandungi sedikit sahaja bahan yang boleh terbakar.
fire proofed woodkayu kalis apiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu yang telah dirawat dengan bahan pencegah kebakaran supaya lambat terbakar dan boleh menahan rebakan api. Walau bagaimanapun kayu ini masih boleh terbakar dan menjadi bara, dan akhirnya terurai apabila terdedah kepada suhu yang tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas