Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar.

Puisi
 

Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.Kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tunggul terbakar di tengah huma.Rupa yang hitam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga terbakar muka menyala.Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kena kecipak orang berbelut.Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar merangkak jangan menjalar.Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas