Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.ring] | ترباريڠ

Definisi : terletak (berada) dlm keadaan berbaring: sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.ring] | ترباريڠ

Definisi : terletak memanjang: Ia jatuh ~ di atas jalan raya kerana dilanggar kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbaring

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di situ terbaring/terbaringnya sekumpulan orang lumpuh. Dalam ayat di atas, adakah 'nya' wajib dibubuh untuk menjadikan ayat tersebut gramitis?Ayat yang betul ialah Di situ terbaring sekumpulan orang lumpuh/ Di situlah terbaring sekumpulan orang lumpuh.Tatabahasa05.09.2014
apakah yang dimaksudkan dengan terkapar?Terkapar bermaksud terlantar atau terbaring tidak ketentuan.Makna26.11.2012
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih.Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.Tatabahasa16.06.2013
terjelepok kepenatan di atas kerusi. terkedang kepenatan di atas kerusi. yang manakah betul? terima kasih.Terjelepok bermaksud jatuh terduduk, manakala terkedang bermaksud terbaring mengunjur. Berdasarkan makna yang tersebut, ayat "terkedang kepenatan di atas kerusi" yang paling tepat.Tatabahasa24.08.2011
apakah perbezaan antara perkataan 'rebah' dengan perkataan'tumbang'? bolehkah anda jelaskan perbezaanya ? terima kasih..Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rebah bermaksud jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri. Tumbang  ditakrifkan sebagai jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya; ~ harapan putus harapan.Istilah01.04.2010
Mohon pengesahan perbezaan istilah "pesakit terdampar" dengan "pesakit terlantar"Terdampar bermaksud tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas manakala terlantar bermaksud terletak atau terbaring, dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar.
 
Perkataan yang sesuai digunakan ialah pesakit terlantar.

Makna30.10.2018
Salam, Bolehkah tuan/puan kategorikan perkataan 'terharu' sama ada perkataan ini dikira kata adjektif atau kata kerja? terima kasih.Salam,
Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu. Oleh itu, "terharu" bukan kata kerja, tetapi kata adjektif.
Istilah19.06.2014
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan.Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira.Tatabahasa11.06.2012
Saya masih mempunyai kemusykilan mengenai 'Merisik Khabar', Sudirman, walaupun telah merujuk di 'Carian Kata' Adakah perkataan 'kapar' itu digunakan dalam konteks yang betul? Terima kasih. Azhar Lagu: Terkapar-kapar ku kelemasan Sakit dilambung ombak kerinduan Di dalam tidur di dalam jaga Diburu oleh mimpi yang serupa Mengapa aku jadi tak menentu Keranamu...Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, terkapar bermakna terbaring (tidak berketentuan). Untuk mengetahui sebarang makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum.Makna10.12.2008
12

Kembali ke atas