Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.ring] | ترباريڠ

Definisi : terletak (berada) dlm keadaan berbaring: sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.ring] | ترباريڠ

Definisi : terletak memanjang: Ia jatuh ~ di atas jalan raya kerana dilanggar kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbaring

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free-lying bivalvedwikatup terbaring bebasGeologiTiadaTiada
prone positionposisi tertiarapPerubatanTiadaTerbaring dengan dada dan perut di bawah.
heat strokestrok habaVeterinarPraklinikalKeadaan apabila sistem pengawalaturan suhu badan gagal berfungsi dan menyebabkan suhu badan meningkat pada aras genting. Strok haba berlaku kerana suhu persekitaran tinggi dan kegagalan badan mengeluarkan haba. Petanda dan simptom strok haba ialah kegelisahan; muntah; cirit-birit; kulit panas; kering dan tidak berpeluh; suhu badan tinggi; kadar pernafasan tinggi; membran mukus merah cerah; lemah; terbaring; konvulsi; tidak sedarkan diri dan akhirnya koma. Sekiranya suhu badan terlampau tinggi sehingga menjangkau 42.8°C (109°F) akan membawa maut.

Kembali ke atas