Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbaru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"terbaru" atau "terbaharu"?Jawapan yang betulnya ialah terbaharu.Ejaan16.07.2007
"Judul Terbaru" ataupun "Judul Terbaharu"?"Terbitan Terbaru" ataupun "Terbitan Terbaharu"?Judul Terbaru dan Judul Terbaharu, kedua-duanya betul kerana perkataan baru dan baharu membawa makna yang sama; dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa04.09.2014
Salam, Saya ingin bertanya yang manakah antara yang berikut yang mempunyai ayat yang tepat 1) Dapatkan produk terbaru kami pada RM300! 2) Dapatkan produk terbaru kami dengan RM300! 3) Dapatkan produk terbaru kami pada harga RM300! Terima kasih, HanaWaalaikumussalam. Ayat yang tepat ialah Dapatkan produk terbaru kami pada harga RM300!. Sekian.Penyemakan dan penterjemahan08.06.2017
Salam, Saya ingin bertanya yang manakah antara yang berikut yang mempunyai ayat yang tepat 1) Dapatkan produk terbaru kami pada RM300! 2) Dapatkan produk terbaru kami dengan RM300! 3) Dapatkan produk terbaru kami pada harga RM300! Terima kasih, HanaUntuk makluman, 'dengan' harga RM300... itu masih boleh diterima. Walau bagaimanapun jawapan yang paling tepat menggunakan 'pada' harga.Tatabahasa15.06.2017
Sedikit kemusykilan. Di dalam laman web PRPM DBP: http://prpm.dbp.gov.my/, terdapat satu link ke “Judul Terbaru”. Cuma ingin kepastian, adakah ejaannya “Judul Terbaru” atau “Judul Terbaharu”?. Manakah yang lebih tepat ejaannya? Terima kasih.“Judul Terbaru” dan “Judul Terbaharu”, kedua-duanya betul kerana perkataan baru dan baharu membawa makna yang sama; dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa30.01.2014
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut

Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan.
 

berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut);

berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;
Lain-lain23.07.2009
Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMANTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini.Tatabahasa16.02.2015
apakah karya terbaru elias haji idris? apakah anugerah yang ernah dirangkul oleh beliau? apakah laman web yang menceritakan tentang beliau secara terperinci?

Sdr.

Karya terkini Elias Hj. Idris adalah  Kembang tak jadi, Anak perempuan kabaret, Tebingan sungai, dan  Musim buah-buahan 2007). Karya tahun 2008 adalah Gadis terbuang, Semadi cinta di Kuala Lumpur, Luka siapa dan 2 judul buku politik iaitu Siapa PM selepas ini dan 51 dalil Anwar jadi PM. Beliau adalah penerima Anugerah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia - Novel Terbaik 1994 bagi buku Kehilangan dan Anugerah Kerajaan Negeri Perak - Novelis Perak 1995.

Lain-lain17.03.2008
Apa kamus terbaru, Ekabahasa dan Dwibahasa keluaran DBP?Kamus terbaru ekabahasa ialah Kamus Dewan Edisi ke-4, dan Kamus Dwibahasa ialah Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu DBP.Lain-lain26.02.2009
apakah kamus dewan yang terbaru?Kamus Dewan yang terbaru ialah Edisi Keempat.Lain-lain18.08.2008
12345678910

Kembali ke atas