Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 dibawa dgn tidak sengaja: Mula-mula saya hanya bermain-main dgn tongkat datuk, tetapi kemudian tongkat itu ~ pulang. 2 dpt dibawa; sanggup dibawa; terdaya: Barang sebanyak itu tidak ~ olehnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbawa

Peribahasa

Tinggi terbawa oleh ruasnya.

Bermaksud :

Orang yang tubuhnya saja besar, tetapi masih bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pararhymepararimaKesusasteraanPuisiRima sumbang yang terbentuk di hujung baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi yang tidak serima. Contohnya, penggunaan kan dalam baris pertama rangkap petikan puisi "Dia Telah Terbawa" dalam kumpulan Kesan Kunjungan karya Rahman Shaari di bawah. bagaimana akan disambungkan jalur jemulur urat budaya di saat mengecil dunia dan akhirat tidak bersuara.
shaker pitkolam penggoncangKejuruteraanPetroleumKolam lumpur yang diletakan berhampiran dengan penggoncang syal, biasanya merupakan kolam lumpur pertama yang mesti dilalui oleh lumpur penggerudian yang keluar dari lubang gerudi. Kolam ini berguna untuk menggoncang lumpur penggerudian yang mengalir melaluinya supaya proses pemidahan pepejal yang terbawa dari lunang gerudi di perggoncang-penggoncang yang lain menjadi lebih berkesan.
electrokinetic potentialkeupayaan elektrokinetikKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. keupayaan elektroturasan 2. keupayaan arusan Perbezaan keupayaan yang wujud akibat aliran elektrolit menerusi bahantara yang poros yang terbina daripada bahan bukan logam. Keupayaan ini timbul dalam arah merentas suatu rerambut. ion-ion yang terdapat dalam lorong laluan akan terus terbawa pergi oleh bendalir yang menyerbu masuk sehingga menyebabkan berlakunya penyesaran cas. Masing-masing hujung rerambut yang berkenaan akan mempunyai cas-cas yang berlawanan di antara satu dengan yang lain. keupayaan ini adalah satu daripada juzuk yang membina keupayaan diri. Bagi kes formasi yang telah digerudi, keupayaan ini boleh wujud akibat pergerakan lumpur gerudi masuk melantasi kek lumpur atau formasi yang telap.
handkerchief testujian sapu tanganKejuruteraanPetroleumUjian yang dilakukan bagi menentukan kecekapan sesebuah pemisah dengan cara meletakkan sehelai kain putih pada arus aliran gas yang keluar dari pemisah berkenaan. Jika dalam masa 60 saat tidak terbentuk kotoran berwarna coklat pada kain tersebut, aliran gas yang dikeluarkan dianggap tidak mengandungi ataupun sedikit sekali mengandungi bahan-bahan yang terbawa bersama-samanya yang boleh dipertimbangkan sebagai pembaziran cecair hidrokarbon yang boleh diperoleh dari pemisah berkenaan. Dalam hal ini, pemisah berkenaan dianggap mempunyai kecekapan yang tinggi dan memuaskan. Ujian ini merupakan kaedah pengujian kecekapan pemisah yang umum digunakan pada tahun 1920 dan 1930, dan buat masa ini ia masih digunakan di sesetengah kawasan yang terdapat perkembangan teknologi dalam bidang petroleum agak lambat.

Kembali ke atas