Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.be.nam] | تربنم

Definisi : 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.be.nam] | تربنم

Definisi : 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbenam

Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAY LILY

Day lily ialah sejenis tumbuhan lili yang

mempunyai bunga yang cantik, biasanya berwarna

kuning atau jingga, kembang antara matahari

terbit hinggalah matahari terbenam.

UMUM 
AWAN

Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais

halus yang terapung di udara. Awan putih gebu

yang terapung merentang langit biru, atau awan

yang berwarna-warni pada waktu matahari

terbenam merupakan sebahagian daripada

keindahan semula jadi. Awan juga memainkan

peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air

yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan

atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan.

Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah

ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia

menurunkan hujan batu atau tornado.

UMUM 
SAUH

Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk

menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh

yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli.

Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh,

dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada

kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air,

ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan

kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar

membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini

mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin

hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh

dari air

UMUM 
TELIPUK

Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama

yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang

cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan

panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan

bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar

berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya

yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan

terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga

terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas

permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk

berbunga putih adalah yang paling biasa didapati.

Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya.

Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang

manakala yang lain pula mekar pada waktu malam.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili

telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea

alba.

UMUM 
PTARMIGAN

Ptarmigan ialah nama sekumpulan burung yang

menyerupa i grouse. Ptarmigan terdapat di

bahagian utara Hemisfera Utara, seperti Alaska,

Greenland , Iceland, Scotland, Scandinavia , dan

Siberia . Ptarmigan juga terdapat di pergunungan di

Eropah, di kawasan tinggi di Alps dan Pyrenees.

Burung ini boleh dikenali daripada bulunya yang

pendek pada kakinya. Bulu ini membantunya

berjalan di atas salji tanpa terbenam. Pada musim

sejuk, bulu ptarmigan berwarna putih dan burung

ini bersembunyi dalam hanyutan salji untuk

perlindungan. Pada musim luruh, ptarmigan

berwarna kelabu di bahagian atasnya dan putih di

bahagian bawahnya. Pada musim panas, bulunya

berwarna perang kemerahan dan hitam.

UMUM 
SPENDER, SIR STEPHEN

Spender, Sir Stephen (1909–1995) ialah pemuisi

British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan

unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap

yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah

kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan

jenis keindahan yang penyair romantik awal temui

pada air terjun dan matahari terbenam.

UMUM 
MENARA CONDONG PISA

Menara Condong Pisa ialah sebuah menara

loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya

terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4

meter daripada garisan asal apabila diukur daripada

tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak

asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil.

Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun

1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan

1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula

terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina.

Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an

bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan

dengan segera.

UMUM 
SUGI

SUGI, alat yang digunakan untuk mencungkil atau membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi ataupun yang terbenam di dalam lubang gigi yang berkawah.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas