Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bi.lang] | تربيلڠ

Definisi : 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyaknya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bi.lang] | تربيلڠ

Definisi : 1 dpt dihitung: Mangsa bom atom di Hiroshima itu tidak ~ banyaknya. 2 termasuk dlm sesuatu golongan (lingkungan dsb): Dia ~ orang kaya di kampung ini. 3 terkenal; terkemuka: Dlm negeri Melaka dahulu, terdapat lima orang pahlawan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbilang

Puisi
 

Tuan puteri rambutnya perang,
     Mati ditikam Melayu jati;
Dulu terbilang batik Semarang,
     Sekarang dibuat basahan mandi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pertama hilang,
     kedua terbilang.

Bermaksud :

Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia pengganas terbilang. Betulkah penggunaan perkataan terbilang bagi ayat di atas?
Menurut data kami, perkataan terbilang tidak sesuai untuk digunakan dalam ayat tersebut. Cadangan kami, gantikan perkataan terbilang dengan perkataan terkenal. Dia pengganas terkenal.
Lain-lain18.05.2016
Ayat berikut ingin kami gunakan di dalam iklan sambutan kemerdekaan. Adakah tatabahasanya betul? Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Setiap perayaan dikongsi. Setiap kegembiraan dinikmati. Setiap kedukaan dirasai bersama, demi membentuk Negara tercinta. KUB MALAYSIA dan rakyat Malaysia bangga meraikan 50 tahun KEMERDEKAAN Negara !Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Ketiga-tiga frasa tersebut betul tatabahasanya cuma dari segi makna kurang sesuai spt setiap agama terbilang (terbilang bermaksud terkenal -adakah pernyataan tersebut betul?) Frasa Setiap perayaan dikongsi dan Setiap kegembiraan dinikmati adalah tidak lengkapTatabahasa27.07.2007
Saya ingin bertanya ayat mana yang paling sesuai digunakan 1. Tetamu Malaya Yang Terbilang atau 2. Tetamu Malaya TerbilangFrasa yang gramatis ialah Tetamu Malaya yang Terbilang.Tatabahasa11.07.2013
apakah yang dimaksudkan dengan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' dan apakah skop petikan ini?Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang. Bermula dengan bahasa kebangsaan, menurut Pendeta Za'ba : 'Bahasalah yang akan dapat menambah kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal'. Menurut Dato' Dr Hassan Ahmad : 'Asas pembangunan dan kemajuan negara kita bergantung pada setakat manakah bangsa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan ilmu dan pengetahuan untuk menciptakan kemajuan itu dalam dan melalui bahasa kita. Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya pada ilmu yang diimport sahaja kerana kadang-kadang ilmu yang diimport dari luar itu tidak dapat disesuaikan dengan keadaan kita, dengan keperluan, tujuan dan matlamat pembangunan kita'. Oleh itu, melalui penguasaan bahasa kebangsaan yang cemerlang khususnya dalam mengejar ilmu pengetahuan, akan menjadikan bangsa kita gemilang, yang impaknya amat besar dalam  pembinaan negara-bangsa terbilang.Lain-lain23.02.2008
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud  terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. 

Makna02.06.2009
apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang?

Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana  tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama  dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa  perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang.

Lain-lain03.03.2008
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang?

Tamadun  bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;

Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.


Lain-lain11.07.2009
1. Adakah satu ayat boleh menggunakan 2 kali DALAM (Kata Sendi Nama) 2. Contohnya, Dengan ini diperakui bahawa xxx telah mendapat anugerah terbilang dalam kategori Sekolah rendah / menengah dalam Pertandingan Program xxx sempena Hari Guru
  1. Tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan kata sendi nama yang berulang dalam satu ayat, asalkan betul dari segi tatabahasa dan penggunaannya dalam ayat.
  2. Penggunaan ayat yang lebih gramatis ialah Dengan ini, diperakui bahawa xxx telah mendapat anugerah terbilang bagi kategori Sekolah rendah/menengah dalam Pertandingan Program xxx sempena Hari Guru.
Tatabahasa30.04.2021
Salam, saya nak tanya tentang visi ini "SK Sibu Laut Gemilang Terbilang seantero aspek pendidikan" betul atau tidak penggunaan perkataan seantero digunakan pada ayat ini? adakah maksudnya perkataan tersebut tidak salah?Seantero bermaksud seluruh atau segenap. Pada pandangan kami isunya di sini bukanlah perkataan seantero tetapi frasa seantero aspek pendidikan. Pendidikan bermaksud perihal mendidik apabila di digabungkan perkataan seantero aspek pendidikan bermaksud segenap hal mendidik. Oleh itu, kami cadangkan tuan mencari perkataan lain yang sesuai digandingkan perkataan seantero seperti seantero Sibu.Tatabahasa05.01.2013
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang di salam slogan 'bahasa cemerlang, bangsa gemilang, negara terbilang'?Bangsa gemilang bermaksud bangsa yang cemerlang  hasil daripada kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang kehidupan.Makna03.03.2008
12

Kembali ke atas