Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah,
     badan sudah tua.

Bermaksud :

Sudah terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
open classroomkelas terbukabilik darjah terbuka/kelas terbukabilik darjah terbuka/kelas terbukaPendidikan
openterbukaterbukaterbukaSukan
hespitality (classification)terbuka (klasifikasi); terbuka (kelasan)Tiadaterbuka (klasifikasi)Perpustakaan
internal open juncturejeda terbuka internal/jungtur terbuka internaljungtur terbuka dalam/ sakah terbuka dalamsaktah buka dalam/jungtur buka dalamLinguistik
open-ended questionpertanyaan terbukaTiadasoalan terbuka/pertanyaan terbukaEkonomi
open universityuniversitas terbukauniversiti terbukauniversiti terbukaPendidikan
open learningbelajar terbukapembelajaran terbukapembelajaran terbukaPendidikan
open societymasyarakat terbukamasyarakat terbukamasyarakat terbukaSains Politik
open apexapeks terbukaapeks terbukaapek terbukaPerubatan
open orbitorbit terbukaorbit terbukaorbit terbukaAeroangkasa
12345678910...

Kembali ke atas