Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.buk.ti] | تربوقتي

Definisi : ternyata dgn bukti: nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dr segi undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.buk.ti] | تربوقتي

Definisi : telah nyata kerana ada buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbukti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan tutur katanya, terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi. Ayat ini ayat songsang. Soalan : 1. Tolong tukar ayat ini menjadi ayat biasa. 2. Apakah subjek dan predikat ayat ini? Terima kasih.Ayat biasa: Terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi berdasarkan tutur katanya
.
Subjek: Terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi

Predikat: berdasarkan tutur katanya
Tatabahasa18.05.2016
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu.
Kesalahan tatabahasa dalam ayat seperti yang digariskan.

 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu.

2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran.

3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu
Tatabahasa01.04.2014
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP bahawa adakah 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam ayat 'Semangat kebangsaan tersebut terbukti apabila mereka sanggup bergabung parti dalam suatu wadah politik nasional untuk kepentingan perpaduan bangsa sesuai dengan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dan Bersekutu Bertambah Mutu.' ialah peribahasa dan apakah maksudnya dan juga maksud bagi frasa 'dalam suatu wadah politik'. Terima Kasih. (ayat tersebut dipetik daripada buku yang berjudul Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia daripada A. Aziz Derman dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. ) Terima Kasih.Dari aspek bahasa, frasa "Bersekutu Bertambah Mutu" betul dan slogan tersebut telah mantap penggunaannya bagi sebuah organisasi. Tidak ada maksud "dalam satu wadah politik" dalam data kami, apa yang dapat kami bantu adalah dengan memberi maksud kata demi kata, dan kata yang agak sukar difahami ialah wadah yang bermaksud medan. Maka frasa tersebut bolehlah diungkapkan sebagai "dalam satu medan politik". Untuk mendapatkan tafsiran yang lain tentang maksud frasa-frasa berkenaan seperti dari aspek sains politik, tuan boleh merujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan aspek berkenaan.Tatabahasa04.12.2014
salam..terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang telah di berikan..saya ingin bertanya apakah pendapat tentang bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan?

Puan Norshila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Bahasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa ilmu melalui penggubalan pelbagai istilah dalam pelbagai bidang cabang ilmu. Bahasa Melayu juga terbukti sebagai bahasa ilmu apabila kebanyakan penerbitan baik dalam bentuk buku, makalah dan banyak lagi penerbitan telah menterjemahkan ilmu dalam pelbagai bidang- pemindahan ilmu - ke dalam bahasa Melayu.

Melalui perpaduan kaum pula tidak perlu diperjelaskan kerana perkara ini telahpun termaktub dalam  Perlembagaan Malaysia Perkara 152 yang menjelakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Terima kasih

Makna03.09.2009
Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyisipkan peribahasa dalam ayat supaya gramatis? Adakah petikan di bawah dianggap gramatis? Isu kesihatan mental semakin kerap terpampang di dada-dada akhbar tempatan. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, hal ini terbukti apabila Berita Harian melaporkan bahawa bilangan pesakit mental di hospital kerajaan yang terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 16 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus.

Peribahasa boleh dimasukkan dengan cara berikut:

1.       Memilih peribahasa yang sesuai.

2.       Menggunakan penanda wacana atau penanda memasukkan peribahasa seperti  “bak kata pepatah/bak kata peribahasa”.

3.       Pastikan maksud yang ingin disampaikan boleh diwakili oleh peribahasa yang dipilih.

Ayat yang lebih sesuai ialah “ Isu kesihatan mental semakin kerap terpapar di akhbar tempatan.  Bak kata pepatah, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Hal ini terbukti apabila Berita Harian melaporkan bahawa bilangan pesakit mental di hospital kerajaan yang terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 16 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus.”

Lain-lain21.01.2024
pertanyaan tentang isu penggunaan bahasa melayu dalam mahkamah dan perbankanPenggunaan bahasa Melayu dalam  mahkamah dan perbankan telah dilaksanakan sejak tahun 1990. Keupayaan bahasa Melayu digunakan dalam kedua-dua aspek ini terbukti berjaya dan berkesan. Di mahkamah, proses perbicaraan  dapat dijalankan dengan lancar dan penambahbaikan dari segi pengucapan dan pendokumentasian dibuat dari semasa ke semasa. Dalam sektor perbankan pula, banyak dokumen rasmi seperti risalah, perjanjian dan penyata kewangan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Transaksi kewangan juga telah dijalankan dalam bahasa Melayu.Lain-lain06.03.2008
Adakah pperkataan 'suatu' boleh digunapaki dalam dokumentasi? Cth ayat: Jawantankuasa Pemandu adalah suatu Jawatankuasa yang akan... Mohon maklumbalas segera. Terima kasih

Suatu merujuk perkara yang belum pasti seperti ayat "Suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu". Jawatankuasa Pemandu dalam ayat yang diberi adalah pasti dan tidak perlu kata suatu lagi untuk menerangkannya. Ayat yang betul "Jawatankuasa Pemandu ialah jawatankuasa yang akan ...".

Tatabahasa08.07.2011
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih.Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.Ejaan30.05.2023
minta bantuan... manakah yang betul. menyabitkan atau mensabitkan.... menyabitkan hukuman/mensabitkan hukuman menyabit rumput/mensabit rumputBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mensabitkan bermaksud 1. menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya). Contoh : keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk mensabitkan semua yang tertuduh. Oleh it, "menyabitkan hukuman" dan "mensabitkan hukuman' adalah salah. Perkataan "mensabitkan" perlu diikuti oleh orang yang tertuduh bukan "hukuman" . Menyabitkan pula bermaksud menyabit untuk. Contoh: petang itu dia menyabitkan ayahnya rumput untuk lembu ternakan mereka. Menyabit pula bermaksud memotong (padi, rumput, dll) dengan sabit. Contoh: orang tua itu sedang menyabit di bendang; menyabit kelapa mengait kelapa dengan sabit. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menyabit rumput.Tatabahasa01.05.2014
12

Kembali ke atas