Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terburuk

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengguna 'Premier'itu adalah terburuk dan membelakangi bahasa kebangsaan.Sbb,tidak beridentiti gelaran bahasa Kebangsaan.Juga, memisahkan gelaran yg diguna oleh negeri lain di Malaysia.Klu diperhati dgn lanjut,para menteri - mnteri di Sabah & Sarawak bila berucap dlm Bahasa Inggeris juga lemah.B.Inggeris peringkat rendah.Untuk apa ditukar guna Premier?Perkataan Premier juga hampir pd Prime .Ini diguna pakai untuk Prime Minister(PM) saja.PM menwakili 32.4 juta rakyat.Premier cuma 2.8 juta saja!Yg. hairan,kenapa ditukar dgn tergesa-gesa?Jika hendak ditukar juga,guna pakai Premier hanya kuatkuasa dlm Sarawak saja.Dlm urusan resmi Persekutuan ,hanya layak diguna perkataan Ketua Menteri saja.Persekutuan mesti tolak sbb Premier tidak menepati aspirasi keluarga Malaysia!Kami ambil maklum pandangan tuan dalam hal penggunaan perkataan "premier" dalam konteks yang berkenaan. Dalam konteks umum premier diterjemahkan kepada "utama" atau "ulung", manakala dalam konteks perjawatan diterjemahkan kepada Perdana Menteri seperti yang tuan maklumi. Atas keprihatinan tuan dalam hal penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul kami ucapkan syabas dan terima kasih.Lain-lain17.02.2022
1. Apakah perbezaan dari segi penggunaan ayat sejak dan semenjak. Sebagai contoh: Krisis kewangan global yang terburuk sejak Kemelesetan Besar ini telah dicetuskan oleh kebankrapan satu daripada bank pelaburan global terbesar di Amerika Syarikat. 2. Apakah terjemahan untuk "International Financial Architecture". Sekian, terima kasih. Ramlee

1.Kedua-dua istilah ini, sejak dan semenjak boleh diguna pakai.

2. Kami mencadangkan terjemahan bagi International Financial Architecture ialah Seni Bina Kewangan Antarabangsa. Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks atau bidang. 

Istilah08.10.2009

Kembali ke atas