Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.but] | ترچابوت

Definisi : 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.but] | ترچابوت

Definisi : 1 sudah dicabut; terhunus. 2 dpt dicabut: Akar kayu itu tidak ~ olehnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercabut

Puisi
 

Intan terpilih tercabut sarung,
     Disambarlah oleh dewa alperi;
Puas kupilih di dalam kampung,
     Baru mendapat si jantung hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Membuat tergigit (= tercabut) lidah.

Bermaksud :

Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIODONTITIS

Periodontitis ialah penyakit gusi dan tulang

yang menyokong gigi dalam rongga masing-

masing. Ia juga dikenali sebagai pyorrhoea

alveolaris dan merupakan punca utama gigi

tercabut apabila seseorang melebihi usia 35 tahun.

UMUM 
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 

Kembali ke atas