avulsion of tooth | gigi teravulsi | Pergigian | Tiada | Gigi yang tercabut daripada soket tulangnya. Biasanya, gigi yang tercabut ini disebabkan trauma seperti jatuh dan kemalangan. Sekiranya gigi teravulsi tidak tercemar oleh kotoran, gigi ini boleh dimasukkan semula ke dalam soketnya dan kemudian diikat pada gigi bersebelahan dengan menggunakan dawai atau simen pergigian. Kejayaan gigi untuk bercantum semula bergantung pada masa pesakit mendapat rawatan selepas gigi tersebut tercabut dan tahap pencemaran gigi. |
reimplantation of tooth | penanaman semula gigi | Pergigian | Tiada | Peletakan semula gigi yang tercabut ke dalam soket. Peratus kejayaan gigi penanaman semula berintegrasi dengan tulang bergantung kepada tempoh gigi terdedah kepada persekitaran serta keadaan tisu periodontium. Medium yang digunakan untuk menyimpan gigi tercabut juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan prosedur penanaman semula. Contoh medium ialah air liur pesakit, air distil dan susu segar. |
shothole | lubang tembak | Biologi | Patologi | Gejala padadaun berupa lubang kecil akibat tercabut atau terkoyaknya bahagian yang telah mengalami nekrosis. Biasanya terdapat jasad buah patogen pada tepi lubang tersebut. Contohnya ialah penyakit hawar daun Amerika Selatan. |
mechanically sound | teguh mekanikal | Teknik | Elektrik | Berkenaan sambungan yang tidak mudah longgar dan tidak mudah tercabut (regang). Keadaan ini penting bagi setiap sambungan dawai elektrik. |
bracket | pendakap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang dipasang dengan bolt, skru atau nat untuk memegang bahagian lain daripada menjadi longgar atau tercabut. |
cable clamp | pengapit kabel | Teknik | Elektrik | Alat tambah berupa pengapit bersaiz besar dengan kedua-dua bahagian pelananya mempunyai skru untuk memegang kabel agar tidak tercabut dari tempat sambungannya. |
slot preparation | penyediaan slot | Pergigian | Tiada | Penyediaan gigi intrakorona bagi mendapatkan pegangan untuk restorasi inlai atau kaviti amalgam kelas II. Slot ini berbentuk alur dan dapat menahan restorasi daripada tercabut keluar dari kaviti. Slot ini dibuat di dinding bukal dan lingual permukaan proksimal kaviti. |
camphorated monoparachlorophenol | monoparaklorofenol berkamfor | Pergigian | Tiada | Campuran bahan kimia antiseptik yang diletakkan pada tisu pulpa gigi desidus berkaries bagi mematikan bakteria dan mendevitalkan tisu pulpa secara perlahan-lahan. Oleh itu, rawatan kanal akar tidak perlu dilakukan pada gigi tersebut sehingga gigi tercabut dengan sendirinya. |
alveolar bone fracture | fraktur tulang alveolus | Pergigian | Tiada | Kepatahan tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini boleh disebabkan trauma seperti kemalangan dan jatuh atau teknik cabutan yang salah. Kepatahan tulang alveolus akan mengakibatkan gigi di kawasan tulang yang disokong itu menjadi goyah atau tercabut daripada soket. Tulang alveolus yang telah patah tidak akan tumbuh semula dan mengakibatkan kecacatan pada kawasan gusi yang terlibat. |
exfoliation | pengeksfoliatan | Pergigian | Tiada | Proses penanggalan gigi desidus daripada arkus secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal. Proses ini berjalan dengan perlahan dan tanpa melibatkan pendarahan. Gigi kekal yang sedang erupt akan meresorbkan akar gigi desidus secara perlahan-lahan sehingga menjadi goyah dan tercabut atau dicabut oleh kanak-kanak itu sendiri. Proses pengeksfoliatan berkait dengan susunan erupsi gigi kekal. |