Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.lar] | ترچالر

Definisi : 1. tergaris, tergores; 2. ki menjadi rosak, menjadi tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.lar] | ترچالر

Definisi : 1 tergaris. 2 ki sudah menjadi tidak baik (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercalar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abrasionlelasanTeknikElektrikKeadaan penebat kabel yang tercalar, luka atau haus disebabkan geseran atau hirisan pada permukaan kasar. Keadaan ini berlaku jika langkah tertentu tidak diambil semasa kabel ditarik masuk ke dalam pembuluh atau penyaluran. Lelasan mengakibatkan daya tahan penebatan berkurangan, dan ini memungkinkan berlakunya litar pintas, arus bocor ke bumi, kejutan elektrik atau kebakaran.
chair railrel kerusiKesenianHiasan DalamanUnsur yang dipasang secara melintang di permukaan dinding pada ketinggian kerusi supaya dinding tidak rosak atau tercalar akibat terkena geseran belakang kerusi. Unsur ini kebiasaannya diperbuat daripada logam atau kayu keras.
crystal violetkristal violetKimiaForensikFormula kimia, C25H30CIN3. Serbuk hijau gelap atau kehijauan yang larut dalam air, kloroform dan alkohol, tetapi tak larut dalam eter. Pencelup ungu yang bersifat antiseptik ini digunakan sebagai bahan penyahjangkit pada kulit yang tidak tercalar dalam rawatan kebakaran, bisul, dan jangkitan minor bakteria atau kulat. Pencelup ini tidak boleh dikenakan pada membran mukus kerana boleh menyebabkan pengulseran. Sinonim gentian violet.
false indicationpetunjuk palsuTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTanda-tanda yang memberikan maklumat palsu tentang keadaan bahan atau sampel ujian. Tanda-tanda ini terdapat pada semua kaedah ujian tanpa musnah. Contohnya, dalam kaedah ujian radiografi, filem yang tercalar mungkin ditafsirkan sebagai terdapatnya keretakan pada bahan sedangkan bahan itu berada dalam keadaan yang selamat. Dalam ujian ultrasonik, isyarat yang diterima mungkin bukan daripada ketakselanjaran, tetapi disebabkan oleh reka bentuk komponen.

Kembali ke atas